TAWAU: Kisah makan ubi kayu hanya lazim didengar ketika era sebelum merdeka, kesusahan kerana tiada sumber makanan lain.

Namun puluhan tahun selepas merdeka masih ada yang terpaksa makan ubi kayu, akibat kedaifan hidup.

Ini kisah sebuah keluarga di daerah Tawau yang hidup serba kekurangan dan terpaksa tinggal di sebuah pondok, kerana tidak mampu menyewa rumah.

Masri Kasip, 45, dan isterinya, Suriani Mansur, 35, bersama lima orang anak dan seorang adiknya tinggal di sebuah pondok sejak empat tahun lalu.

Tempat mereka berteduh ini hanya diperbuat daripada sisa binaan dan bekas pintu serta papan lapis yang tidak digunakan lagi.

Mereka juga tiada bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Walaupun Masri sekeluarga hidup dalam serba kekurangan, namun hatinya tetap cekal dan yakin suatu hari kelak dia dan keluarganya akan keluar daripada kehidupan yang dijalani kini. - Astro AWANI

Selebihnya hanya berharap pada air hujan yang ditadah atau mengambil air bersih daripada pili bomba berdekatan.

"Selama ini saya kerja apa sahaja yang disuruh, contohnya saya buat atap, buat rumah, bersihkan parit, bersihkan rumah orang yang saya buat.

"Kalau ada orang panggil, adalah pendapatan, kalau tidak, tiadalah. Itupun bersukur kalau boleh dapat RM800 sebulan, cukup bersyukur sudah, biasanya dapat RM350. Paling teruk saya hanya dapat RM200 lebih sebulan," katanya.

Ada-ada waktu tidak ada pendapatan dan kehabisan untuk membeli beras, mereka sekeluarga terpaksa makan ubi kayu untuk mengalas perut.

Walaupun Masri sekeluarga hidup dalam serba kekurangan, namun hatinya tetap cekal dan yakin suatu hari kelak dia dan keluarganya akan keluar daripada kehidupan yang dijalani kini.