awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan warga asing ditahan bantu siasatan kes kematian di Pulau Meranti

Bernama
Bernama
14/07/2024
05:26 MYT
Lapan warga asing ditahan bantu siasatan kes kematian di Pulau Meranti
Kesemua individu itu ditahan di kediaman mereka di Pulau Meranti dan Kampung Baru, Sungai Buluh, Selangor, pada kira-kira 11 malam, hari yang sama. -Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Polis menahan lapan lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan kes kematian melibatkan seorang pekerja kilang warga asing berusia 30 tahun di Pulau Meranti, Puchong, Selangor pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kesemua individu itu ditahan di kediaman mereka di Pulau Meranti dan Kampung Baru, Sungai Buluh, Selangor, pada kira-kira 11 malam, hari yang sama.
Beliau berkata pihaknya turut menemukan sebatang kayu dipercayai digunakan untuk memukul mangsa di dalam kawasan pagar kilang berhadapan kabin tempat tinggal mangsa.
"Pada Jumaat, lebih kurang pukul 9.40 pagi, pihak polis (daerah Sepang) telah menerima satu laporan daripada pegawai perubatan Hospital Cyberjaya yang memaklumkan bahawa seorang lelaki bukan warganegara telah dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan tangan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Wan Kamarul Azran berkata susulan tangkapan, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Beliau berkata kes masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang tidak tepat sehingga mengganggu proses siasatan atau menimbulkan kegusaran awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#Pulau Meranti
#pukul mangsa guna kayu
#Hospital Cyberjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan