awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harap hubungan Bersatu-Pas kekal hingga tamat penggal - MB Perlis
PBB adakan mesyuarat tergempar isu pengiktirafan Somaliland oleh Israel
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang UTHM siap April 2026, mercu tanda baharu Johor

Bernama
Bernama
28/12/2025
08:46 MYT
Lapangan Terbang UTHM siap April 2026, mercu tanda baharu Johor
Lapangan terbang itu kini siap 71 peratus dan akan dilengkapi landasan sepanjang 800 meter serta menara kawalan trafik setinggi 12 meter. - Instagram @uthmjohor
BATU PAHAT: Projek pembinaan Lapangan Terbang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bernilai RM18.3 juta di Tanjung Laboh di sini, dijangka siap sepenuhnya pada April 2026 dan bakal menjadi mercu tanda baharu Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata lapangan terbang itu kini siap 71 peratus dan akan dilengkapi landasan sepanjang 800 meter serta menara kawalan trafik setinggi 12 meter.
Lapangan terbang itu didirikan di kawasan seluas 22.6 hektar.
"Insya-Allah, Tanjung Laboh berpotensi menjadi 'Maldives Selatan' di Malaysia dan UTHM pula akan muncul sebagai universiti pertama di Asia Tenggara yang memiliki lapangan terbang maritim sendiri," katanya menerusi hantaran Facebook.
Beliau berkata lapangan terbang itu bukan sahaja berfungsi sebagai pusat latihan juruterbang malah berpotensi menawarkan perkhidmatan penerbangan sewaan, pesawat laut selain pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat serta helikopter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang uthm
#UTHM
#Tanjung Laboh
#lapangan terbang maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan