UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Ahli Parlimen Pembangkang diarah bersurai

Ahli Parlimen Pembangkang yang bergerak ke bangunan Parlimen dari Dataran Merdeka diarah bersurai.

Astro Awani
Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga dari kiri) bersama-sama Anwar Ibrahim (kiri), Lim Kit Siang dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mereka berkumpul berdekatan di bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

'Cuma raih publisiti, main politik' - Mohd Amar

Mon Aug 02 2021

Tindakan anggota Blok Pembangkang berarak ke Parlimen hari ini membuktikan mereka ingin meraih publisiti dan berterusan bermain politik.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan yang dipamerkan Ahli Parlimen itu tidak akan disenangi rakyat yang mengetahui penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini disebabkan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar dakwa PN kini tiada majoriti

Mon Aug 02 2021

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini sudah tumbang.

"Kerajaan Mahiaddin (Muhyiddin) telah jatuh, tumbang hari ini. Saya mendapat maklumat ada Ahli Parlimen yang minta keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

BACA BERITA PENUH DI SINI

FRU beredar

Mon Aug 02 2021

FRU bersurai, end of thread. pic.twitter.com/X9VVGnsb0l

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

Henti perang politik: Kemaslahatan rakyat perlu jadi keutamaan - Pakar

Mon Aug 02 2021

Ahli-ahli politik digesa untuk menghentikan ‘perang’ politik dalam memastikan usaha menangani wabak COVID-19 dapat dijayakan.

Penganalisis politik dan Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Umum Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Sharifah Syahirah Syed Sheikh menegaskan, kemaslahatan rakyat perlu jadi keutamaan ahli-ahli politik tatkala ‘perang’ politik semakin memuncak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

FRU masih berkawal

Mon Aug 02 2021

FRU masih berkawal di laluan ke Bangunan Parlimen. pic.twitter.com/HCoxUo0I1B

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

FRU berkawal di Bulatan Dato Onn

Mon Aug 02 2021

Menghampiri Bulatan Dato Onn, pihak penguatkuasa terutamanya FRU masih berkawal. pic.twitter.com/JrW1jVCuS1

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

Anggota penguat kuasa bersurai

Mon Aug 02 2021

Memandangkan laluan ke Parlimen dari Dataran Merdeka ditutup, kini kami turun ke sana pula, biarpun difahamkan perarakan telah bersurai. Kelihatan anggota penguatkuasa juga sudah beredar. pic.twitter.com/eUvGUhZ0hK

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

Sekatan di Bulatan Dato Onn

Mon Aug 02 2021

Kemaskini yang kami terima dari @RidauddinDaud Ahli-ahli Parlimen Blok Pembangkang tidak dibenarkan melepasi sekatan di Bulatan Dato Onn, dan diarahkan bersurai. Ini pula keadaan semasa di laluan utama ke Bangunan Parlimen. pic.twitter.com/318VnfoFlE

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

LSF, FRU bersurai

Mon Aug 02 2021

Anggota dan aset LSF serta FRU mula bersurai dari Bulatan Dato Onn selepas Ahli-ahli Parlimen akur untuk beredar dari lokasi tersebut.#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/IDh4CtI5VY

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 2, 2021

Sekatan di Bulatan Dato Onn

Mon Aug 02 2021

Kemaskini yang kami terima dari @RidauddinDaud Ahli-ahli Parlimen Blok Pembangkang tidak dibenarkan melepasi sekatan di Bulatan Dato Onn, dan diarahkan bersurai. Ini pula keadaan semasa di laluan utama ke Bangunan Parlimen. pic.twitter.com/318VnfoFlE

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

Ahli Parlimen pembangkang dihalang ke Parlimen

Mon Aug 02 2021

Perarakan Ahli Parlimen Pembangkang dihalang

Mon Aug 02 2021

Perarakan Ahli Parlimen Pembangkang dihalang.#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/iOpmgNUKwV

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 2, 2021

Langsung dari Dataran Merdeka

Mon Aug 02 2021

[LANGSUNG] Ikuti sekarang situasi di Dataran Merdeka apabila Ahli Parlimen pembangkang berkumpul...#AWANInews #AWANIterkini https://t.co/TQW3u4w59E

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 2, 2021

Barisan trak FRU

Mon Aug 02 2021
Barisan trak FRU

Laluan dihalang FRU

Mon Aug 02 2021

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) membuat halangan di laluan masuk ke Jalan Parlimen.

Ahli Parlimen pembangkang kini berada tepi jalan.

Laungan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" bergema di sini.

Ahli Parlimen Pembangkang berarak ke Parlimen

Mon Aug 02 2021

Ahli Parlimen Pembangkang berarak menuju ke Parlimen#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/sobVK7Zjp0

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 2, 2021

Situasi di Dataran Merdeka

Mon Aug 02 2021

[LANGSUNG] Ikuti sekarang situasi di Dataran Merdeka apabila Ahli Parlimen pembangkang berkumpul...#AWANInews #AWANIterkini https://t.co/TQW3u4w59E

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 2, 2021

'Tidak perlu tunggu bulan September'

Mon Aug 02 2021

"Tidak perlu tunggu bulan September, berapa banyak nyawa pula yang akan hilang?," - @MukhrizMahathir#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/k2qvU50U5w

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 2, 2021

Jentera LSF di hadapan bangunan Parlimen

Mon Aug 02 2021

Kelihatan beberapa jentera Light Strike Force (LSF) sudah berada di hadapan bangunan Parlimen.#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/lX6lXw1GZk

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 2, 2021

Anwar dakwa PN kini tiada majoriti

Mon Aug 02 2021

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini sudah tumbang.

"Kerajaan Mahiaddin (Muhyiddin) telah jatuh, tumbang hari ini. Saya mendapat maklumat ada Ahli Parlimen yang minta keluar daripada Perikatan Nasional (PN).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tun M beri ucapan

Mon Aug 02 2021
Tun M beri ucapan

Tun M hadir di Dataran Merdeka

Mon Aug 02 2021

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir di Dataran Merdeka, menyertai perjumpaan Ahli Parlimen pembangkang di kawasan itu.

30 Ahli Parlimen BN tandatangani surat akuan sokong Muhyiddin - Sumber

Mon Aug 02 2021

Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan, pada Ahad malam.

Sumber Ahli Parlimen BN yang dipetik Sinar Harian berkata, pertemuan sulit itu diadakan bermula jam 9 malam dan dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN (BN Backbenchers), Datuk Seri Shahidan Kassim.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan Badan Perhubungan UMNO Kelantan

Mon Aug 02 2021

Badan Perhubungan UMNO Kelantan keluar kenyataan desak kepimpinan tertinggi negara meletak jawatan atas dakwaan meremehkan sistem demokrasi berparlimen.


BERITA LANJUT MENYUSUL

Sidang media ahli parlimen pembangkang di Dataran Merdeka

Mon Aug 02 2021
Sidang media ahli parlimen pembangkang di Dataran Merdeka

Takiyuddin selamat jalani angiogram, doakan beliau cepat sembuh - Tuan Ibrahim

Mon Aug 02 2021

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddn Hassan selamat menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu entri terbaharu di akaun Facebooknya sebentar tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli Parlimen Pembangkang beri ucapan

Mon Aug 02 2021

Keadaan semasa di Dataran Merdeka. Beberapa Ahli Parlimen Blok Pembangkang sedang memberi ucapan. Di antara mereka ketua beberapa parti politik seperti PKR, DAP, Amanah, Pejuang dan Muda. Video dari @RidauddinDaud pic.twitter.com/2SBsbszBQb

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

Berkumpul di Dataran Merdeka

Mon Aug 02 2021

Beberapa pemimpin pembangkang sudah berada di Dataran Merdeka.

Difahamkan mereka akan berarak ke bangunan Parlimen sebentar lagi.

Pejuang dakwa kerajaan langgar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat

Mon Aug 02 2021

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa kerajaan telah melanggar Perkara 36(7) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menegah penyalahgunaan nama Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat.

Dalam kenyataan bersama beberapa Ahli Parlimen Pejuang hari ini, parti itu menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh ahli Kabinet meletak jawatan masing-masing.


BACA BERIA PENUH DI SINI

Berarak ke Parlimen

Mon Aug 02 2021

Kemaskini yang baru kami terima. Ahli-ahli Parlimen Pembangkang akan berarak dari Bulatan berhampiran Bank Negara Malaysia menuju ke Parlimen. Rakan setugas @RidauddinDaud ada perinciannya.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

Kenderaan Ahli Parlimen Sungai Petani berpatah balik

Mon Aug 02 2021
Kenderaan Ahli Parlimen Sungai Petani berpatah balik

Ahli Parlimen Sungai Petani tidak dibenar masuk

Mon Aug 02 2021

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dilihat sudah tiba ke bangunan Parlimen.

Begitupun, kenderaan yang membawa beliau tidak dibenarkan masuk.

Kenderaan itu kemudiannya berpatah balik.

Kenyataan bersama Ahli Parlimen Warisan, Muda, Parti Sarawak Bersatu dan UPKO

Mon Aug 02 2021

Kenyataan bersama Ahli-Ahli Parlimen Parti Warisan, Muda, Parti Sarawak Bersatu dan UPKO mendesak peletakan jawatan kepimpinan negara atas dakwaan ketidaksungguhan dan kegagalan dalam mentadbir urus terutama dalam membendung wabak COVID-19.


BERITA LANJUT MENYUSUL

Taklimat anggota penguat kuasa

Mon Aug 02 2021

Difahamkan anggota penguatkuasa diberi taklimat untuk bersiap sedia sekiranya terdapat cubaan membuat provokasi di sekitar Bangunan Parlimen. pic.twitter.com/zWyrMJtnfU

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

Kawalan ketat pihak berkuasa

Mon Aug 02 2021

Semakin ramai anggota polis berada di laluan masuk bangunan Parlimen.

Beberapa jalan di sekitar kawasan ini juga sudah ditutup dan dikawal anggota polis.

Setakat ini, masih belum kelihatan kelibat mana-mana Ahli Parlimen yang hadir.

Mengikut jangkaan, mereka akan tiba bermula jam 9 pagi nanti.

Anggota keselamatan berkawal

Mon Aug 02 2021

Pemerhatian @501Awani mendapati terdapat sekatan jalan raya di beberapa laluan utama ke Bangunan Parlimen.

Bilangan anggota keselamatan juga bertambah. pic.twitter.com/9SFsFkPNTi

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 1, 2021

Black Maria di lokasi

Mon Aug 02 2021

“Black Maria” juga sudah tiba. Petugas keselamatan terdiri dari PDRM termasuk LSF, dan Rela sedang diberi taklimat. pic.twitter.com/6m7mA7Vpy5

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021

Laluan ke Parlimen ditutup, polis sudah mula berkawal

Mon Aug 02 2021

Beberapa laluan masuk ke bangunan Parlimen sudah mula ditutup sejak jam 7.30 pagi tadi.

Laluan utama yang paling hampir untuk masuk ke bangunan tersebut juga ditutup sepenuhnya.

Puluhan anggota polis dilihat sudah mula berada berhampiran bangunan Parlimen.

Media hanya dibenarkan berada di kawasan berhampiran laluan masuk tersebut.

Beberapa Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke kawasan itu kira-kira jam 9 pagi nanti.

Astro AWANI akan terus memberikan laporan dari semasa ke semasa, langsung dari lokasi.

Laluan ke Parlimen ditutup

Mon Aug 02 2021
Laluan ke Parlimen ditutup

Bilakah tarikh baharu akan diumumkan?

Sun Aug 01 2021

Bila Mesyuarat Khas Parlimen akan disambung?

Sun Aug 01 2021

Hari terakhir Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan susulan penularan COVID-19 berdasarkan penilaian risiko yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tarikh baharu bagi Mesyuarat Khas Parlimen masih belum diumumkan namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan penangguhan selama dua minggu susulan 70 kes COVID-19 yang dikesan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pembangkang tetap hadir hari ini

Sun Aug 01 2021

Ahli Parlimen Pembangkang tetap hadir hari ini

Sun Aug 01 2021

Ahli Parlimen pembangkang akan tetap hadir ke Parlimen walaupun sesi terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat hari ini telah ditangguhkan ke tarikh yang belum dimaklumkan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan, mereka akan tiba di Parlimen kira-kira jam 9.30 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

KKM saran Parlimen ditangguh dua minggu

Sun Aug 01 2021

Ada varian Delta dalam 4 sampel dari Parlimen

Sun Aug 01 2021

Penangguhan mesyuarat tidak hormati Perlembagaan Persekutuan - Pembangkang

Sun Aug 01 2021

Ketua Pembangkang bersama pemimpin parti pembangkang menyatakan kekesalan dan bantahan atas tindakan kerajaan menangguhkan Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya berakhir esok, walaupun kes positif COVID-19 di Parlimen hanya pada kadar 0.9 peratus.

Mereka menyifatkan keputusan itu sebagai membelakangi kenyataan media Istana Negara serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Dr Noor Hisham jelaskan sebab penutupan Parlimen

Sun Aug 01 2021

Risiko tinggi penularan, KKM cadang gantung mesyuarat dua minggu

Sun Aug 01 2021

Keadaan individu yang ramai ketika sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang berlangsung bermula 26 hingga 29 Julai lalu telah mencetuskan kebimbangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melihat kepada kadar penularan COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 2,093 individu telah disaring sebelum mesyuarat bermula dan 56 kes positif telah dikesan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Parlimen sama seperti tempat kerja lain, selamat jika ikut SOP - MHC

Sun Aug 01 2021

Keputusan untuk menangguhkan persidangan Parlimen Malaysia perlu dibuat berdasarkan kepada sains dan kesihatan awam serta tidak perlu dipolitikkan.

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) dalam satu kenyataan pada Ahad menjelaskan, selain memastikan keselamatan semua pihak yang menghadirinya terjamin, demokrasi berparlimen juga adalah satu perkhidmatan penting, ia perlu dilaksanakan terutamanya ketika berhadapan pandemik COVID-19.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tangguh atas nasihat Ketua Pengarah Kesihatan

Sun Aug 01 2021

Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin ditangguh

Sat Jul 31 2021

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi satu notis kepada semua Ahli-ahli Dewan Rakyat pada Sabtu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Liputan sidang Mesyuarat Khas hari 1 - 4

Sat Jul 31 2021

Klik untuk lihat liputan langsung sepanjang hari mesyuarat:

Hari 1

Hari 2

Hari 3

Hari 4

#Penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen#KKM#COVID-19#penularan jangkitan#Varian Delta#Dewan Rakyat
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.