KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang akan tetap hadir ke Parlimen walaupun sesi terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat hari ini telah ditangguhkan ke tarikh yang belum dimaklumkan.

BACA: Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin ditangguhkan

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan, mereka akan tiba di Parlimen kira-kira jam 9.30 pagi.

Kata Fahmi, rakan-rakan media jika tidak dibenarkan masuk boleh menunggu di simpang menuju jambatan ke Parlimen.

Manakala sesi Facebook Live akan dibuat dari Facebook Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pimpinan yang lain.

Turut mengesahkan kehadiran ke Parlimen hari ini antaranya ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

BACA: Penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen membelakangi kenyataan media Istana Negara - Pembangkang

BACA: Tangguh Mesyuarat Khas Parlimen: COVID-19 bukan alasan - Majlis Presiden PH

Terdahulu, dalam satu surat pemberitahuan kepada Ahli Parlimen, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan mesyuarat khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sementara itu, satu notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Negara, Muhd Sujairi Abdullah pula memberitahu mesyuarat khas Dewan Negara yang dijadualkan Selasa hingga Khamis depan ditangguh ke tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Penangguhan saat akhir itu antara lain disebabkan kebimbangan penularan COVID-19 selepas beberapa kes positif dilaporkan di Parlimen sepanjang minggu ini.

BACA: Pegawai kepada Tun M di Parlimen positif COVID-19 - Sumber

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan seramai 2,093 individu sudah disaring sebelum mesyuarat bermula dan 56 kes positif dikesan.

BACA: Risiko penularan di Parlimen tinggi, KKM cadang gantung mesyuarat dua minggu

BACA: 4 sampel COVID-19 dari Parlimen dipercayai varian Delta - Dr Noor Hisham

[TERKINI] Dr Noor Hisham jelaskan sebab penutupan Parlimen