UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri.

Astro Awani
Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah. - Foto Astro AWANI

Jeffrey Kitingan sahkan letak jawatan timbalan menteri

Tue Sep 29 2020

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Jeffrey yang baru dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II berkata, surat peletakan jawatan itu sudah pun diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Tukar portfolio selepas 3 jam? Masidi akan ceritakan selepas bersara

Tue Sep 29 2020

Pertukaran portfolio antara Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Masidi Manjum dalam masa kurang dari tiga jam selepas majlis angkat sumpah seolah-olah ada kisah panjang disebaliknya.

Ciapan Masidi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan di Twitter memberi bayangan seolah-olah ada cerita tersembunyi disebalik pertukaran tersebut.

Secara berseloroh Timbalan Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, itu berkata beliau akan bercerita tentang perkara itu selepas bersara.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

UMNO, BN tidak puas hati? Mana ada - Ketua Menteri Sabah

Tue Sep 29 2020

Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti tersebut memberikan sokongan kepada pembahagian jawatan tersebut.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Bung Moktar, Masidi tukar portfolio - Hajiji

Tue Sep 29 2020

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memberitahu, berlaku perubahan dalam dua portfolio kanan Kabinet Negeri selepas lebih tiga jam istiadat angkat sumpah yang berlangsung di Istana Negeri.

Ia membabitkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Sidang media pertama Ketua Menteri Sabah ke-16

Tue Sep 29 2020

[INFOGRAFIK] Profil Ketua Menteri Sabah baharu

Tue Sep 29 2020

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor angkat sumpah jawatan Ketua Menteri

Tue Sep 29 2020

Lantikan 3 Timbalan Ketua Menteri

Tue Sep 29 2020

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet baharu kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Bung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri sekitar jam 10.40 pagi pada Selasa.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Sidang media pertama Hajiji

Tue Sep 29 2020

[11:18AM] Pengamal media sedang menunggu ketibaan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di Pejabat Ketua Menteri. Sidang media pertama beliau. #PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 https://t.co/GCth285zja

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Kenali Hajiji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah baharu

Tue Sep 29 2020

DATUK Seri Hajiji Mohd Noor sah Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 10.35 pagi ini.

Namun, siapakah tokoh politik yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin negeri Sabah ini?

Berikut profil ringkas Hajiji Mohd Noor sebelum bergelar Ketua Menteri Sabah ke-16.

Bung Moktar dilantik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah

Tue Sep 29 2020

Pada masa sama, @MyKinabatangan juga dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/uix0YiBfFv

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Hajiji selamat angkat sumpah

Tue Sep 29 2020

Datuk Hajiji Mohd Noor selamat angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri Sabah pada Selasa.#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/bQ3bZJuFcH

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah

Tue Sep 29 2020

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pada Selasa.

Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan pada jam 10.35 pagi di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Siaran langsung di Astro AWANI

Tue Sep 29 2020

[10:00AM] Ikuti istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 https://t.co/v3cCrVZcd9

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Ismail Sabri tiba

Tue Sep 29 2020

[09:50AM] Menteri Kanan Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri @IsmailSabri60 tiba di Istana Negeri#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/efGjUJxCn0

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Hajiji tiba di Istana Negeri untuk Istiadat Angkat Sumpah

Tue Sep 29 2020

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor tiba di Istana Negeri pada pukul 9.30 pagi bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah ke-16, di sini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu yang menaiki kenderaan jenis Toyota Super King berwarna hitam dilihat melambaikan tangan ke arah media.


Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Bung Moktar tiba di Istana Negeri

Tue Sep 29 2020

[09:38AM] ADUN Lamag, yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tiba di Istana Negeri pada pukul 9.30 pagi#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/CE3FZ1HRqS

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Sedia iringi Hajiji ke Istana Negeri

Tue Sep 29 2020

[09:37AM] Para wakil rakyat bersedia untuk mengiringi Datuk Seri Hajiji Noor ke Istana Negeri untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. #PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 https://t.co/8P3D6CEcIc

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Yong Teck Lee tiba

Tue Sep 29 2020

[09:35AM] Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan rombongan turut tiba di Istana Negeri#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/9YW6RVDi4N

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Hajiji tiba di Istana Negeri

Tue Sep 29 2020

[10:27AM] Datuk Seri Hajiji Mohd Noor tiba di Istana Negeri pada pukul 10 pagi bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16, di sini.#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/N0QCHzdqXM

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Ketibaan wakil rakyat

Tue Sep 29 2020

[09:25AM] Wakil rakyat sudah mula tiba di Perkarangan Istana Negeri, antaranya termasuk Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin #PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19

pic.twitter.com/SK6mCLlE95

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Media disantuni

Tue Sep 29 2020

[09:19AM] Anak Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee menyantuni pengamal media dengan memberikan minuman dan ‘mask’ di hadapan Istana Negeri.#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 https://t.co/1nUeZScQfR

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Wartawan Astro AWANI di lokasi

Tue Sep 29 2020

[09:11AM] @HasimiM dan rakan setugas kini berada di hadapan Istana Negeri Sabah untuk membawakan perkembangan terkini istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor #PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 https://t.co/uHOPS1UPAu

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Cubaan masuk pekarangan istana

Tue Sep 29 2020

[09:15AM] Individu dipercayai penyokong yang ingin memasuki perkarangan Istana Negeri bagi acara angkat sumpah KM.

Hanya yang didaftarkan sahaja boleh masuk.#PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 https://t.co/HYffJRlaCL

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 29, 2020

Hajiji angkat sumpah pagi ini

Mon Sep 28 2020

Hari ini Datuk Seri Hajiji Mohd Noor akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu mengesahkan menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16.

Watikah itu diserahkan Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Dalam pilihan raya lepas, Gabungan Rakyat Sabah menang 38 kerusi.

Astro AWANI akan membawakan siaran langsung istiadat angkat sumpah dari Istana Negeri sekitar jam 10 pagi ini.

Terima kasih setuju calon Hajiji Ketua Menteri Sabah baharu - Muhyiddin

Mon Sep 28 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan seluruh ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang bersetuju mencalonkan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menghargai semangat setia kawan yang ditunjukkan gabungan PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) demi kepentingan Sabah.


BACA DI SINI.

Hajiji terima watikah pelantikan KM Sabah, angkat sumpah esok

Mon Sep 28 2020

“Syukur alhamdulillah, Tuan Yang Terutama menjemput saya untuk memaklumkan saya akan pelantikan Ketua Menteri Sabah.

“(Istiadat) mengangkat sumpah akan dilakukan jam 10 pagi, Selasa. Selain itu, Tun Juhar juga bagi watikah pelantikan kepada saya,” kata Datuk Seri Hajiji Mohd Noor kepada pemberita pada Isnin.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Shafie Apdal ikrar Warisan akan terus berkhidmat

Mon Sep 28 2020

Sekalipun gagal menerima mandat untuk memimpin negeri, namun, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berikrar akan meneruskan khidmat kepada rakyat.

Dalam masa sama, Mohd Shafie merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada beliau dan partinya dalam menghadapi pertarungan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Jangan jadi batu api untuk kepentingan peribadi - Armada Titiwangsa

Mon Sep 28 2020

Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dinasihat agar tidak sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Ketua Menteri Sabah yang menampakkannya sebagai seseorang yang cuba menjadi batu api demi untuk kepentingan peribadi.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Titiwangsa, Ad Adib Shaharuddin menegaskan, Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa itu seharusnya sedar dinamik politik masa kini selain sentimen pengundi.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

'Saya dipanggil' - Hajiji menghadap Tun Juhar

Mon Sep 28 2020

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hadir ke Istana Negeri petang ini.

Hajiji yang lengkap bersut perang cair dan bersongkok tiba di pekarangan Istana Negeri pada jam sekitar 4 petang.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

[VIDEO] Hajiji dipanggil menghadap Tun Juhar

Mon Sep 28 2020

Ini masanya untuk kerja, jangan lagi berpolitik - Bung Moktar

Mon Sep 28 2020

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, sudah sampai masanya untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak lagi hanya berpolitik.

Untuk berita penuh, BACA DI SINI.

Tonton sidang media penuh pengumuman Ketua Menteri Sabah yang baharu

Mon Sep 28 2020

Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengesahkan akan mengangkat sumpah pada majlis di Istana Negeri esok pada pukul 10.30 pagi.

Mon Sep 28 2020

[12:36PM] Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Gabungan Rakyat Sabah sebulat suara melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu#PilihanSabah#SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/WenLO9YK7x

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 28, 2020

Hajiji Noor dinamakan Ketua Menteri Sabah baharu - GRS

Mon Sep 28 2020

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai esok pada pukul 10.30 pagi.

“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel pada Isnin.

Esok dikhabarkan Istiadat Sumpah, Istana Negeri Sabah lengang

Mon Sep 28 2020

Setakat pukul 10.47 pagi, apa yang dapat kita bawakan perkembangan keadaan sekitar di perkarangan Istana Negeri. (Video mempunyai audio saya) @501Awani #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/F9ytfJld0P

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 28, 2020

Arah JKN Selangor tambah petugas dan peralatan bagi melancarkan proses saringan #COVID19 pengembara dari Sabah

Mon Sep 28 2020

Ment. Kesihatan, YB Dato' Sri @DrAdhamBaba telah mengarahkan JKN Selangor menambah petugas dan peralatan bagi melancarkan proses saringan #COVID19 kpd pengembara dari Sabah.

Arahan itu dikeluarkan slps beliau meninjau keadaan KLIA dan KLIA2 mlm tadi ekoran aduan kesesakan. pic.twitter.com/ewkNOe3iD3

— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) September 28, 2020

Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah baharu akan berlangsung pada Selasa di Istana Negeri Sabah

Mon Sep 28 2020

[10:18AM] Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah yang memetik Sumber Istana Negeri memaklumkan istiadat tersebut akan diadakan pada Selasa pukul 10.30 pagi.⁠#PilihanSabah#SabahMemilih #HapusCOVID19 https://t.co/kgry7APwcB

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 28, 2020

Istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah hari ini?

Mon Sep 28 2020

Hari kedua selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selesai, Istana Negeri Sabah di sini terus menjadi tumpuan para pengamal media bagi mengikut rapat perkembangan Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Tinjauan Astro AWANI setakat pukul 9 pagi ini, tiada sebarang indikasi jelas akan kehadiran mana-mana pemimpin politik atau penyokong parti di perkarangan Istana Negeri.

Keadaan cuaca yang sedikit redup ketika ini seperti memahami keluh kesah rakyat yang mahukan ‘polemik Ketua Menteri Sabah’ segera diselesaikan.

Namun, sama ada Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diadakan hari ini atau sebaliknya, masih belum dapat disahkan.


Perkembangan terkini pembentukan Kerajaan Negeri Sabah bersama Rizal Zulkapli dan Najib Aroff

Mon Sep 28 2020

Ikuti perkembangan terkini pembentukan Kerajaan Negeri Sabah bersama penyampai, @rizalzulkapli dan @NajibAroffAWANI serta wartawan lokasi Astro AWANI.

Kongsikan pandangan anda menggunakan #PilihanSabah

#SabahMemilih #HapusCOVID19 https://t.co/TncbYggyQg

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 28, 2020

Pengamal media dan polis mula kelihatan di pekarangan Istana Negeri

Mon Sep 28 2020

Beberapa pengamal media dan pihak polis sudah berada di kawasan perkarangan Istana Negeri. Masih lagi tenang, dan tiada kumpulan penyokong mana-mana parti hadir @501Awani #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/3kDzu66oW8

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 28, 2020

Setakat jam 8.15 pagi, tiada sebarang kelibat pemimpin di Istana Negeri

Mon Sep 28 2020

Hari kedua berkampung di hadapan pintu masuk Istana Negeri. setakat jam 8.15 pagi, tiada sebarang pergerakan kenderaan atau mana-mana pemimpin hadir di Istana Negeri @501Awani #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/U2MssAbtRA

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 28, 2020

Selepas 24 jam, siapa Ketua Menteri Sabah belum diketahui

Mon Sep 28 2020

Pengundi mengambil masa selama sembilan jam 30 minit untuk memilih 73 wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang baru sahaja berakhir semalam namun teka-teki siapa Ketua Menteri baharu masih belum terjawab selepas 24 jam.

Kira-kira 1.12 juta pengundi telah menunaikan hak memilih wakil rakyat mereka dan kini tiba giliran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pula melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan mandat yang diberikan rakyat.

Gabungan yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu telah memperoleh 38 kerusi, lebih satu kerusi daripada majoriti mudah yang diperlukan iaitu 37 kerusi bagi membentuk kerajaan baharu.

Warisan Plus, yang terdiri daripada Parti Warisan, DAP, PKR dan UPKO pula telah mendapat 32 kerusi manakala Bebas memenangi tiga kerusi.

BACA DI SINI

Sarawak sedia kerjasama dengan GRS

Mon Sep 28 2020

Sarawak sedia bekerjasama erat dengan Sabah di bawah kerajaan GRS, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, rakyat Sabah telah memberi mandat kepada GRS untuk meneruskan pimpinan dan keputusan itu harus diterima dengan hati yang terbuka.

Beliau turut berharap keputusan PRN Sabah akan membawa kepada kestabilan negeri selain merancakkan pertumbuhan ekonomi.

BACA DI SINI



Pakar kesihatan awam mahu sekatan perjalanan keluar masuk Sabah

Mon Sep 28 2020

Pakar Kesihatan Awam dari UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berpendapat kerajaan perlu melaksanakan sekatan perjalanan keluar dan masuk negeri Sabah susulan kes jangkitan COVID-19 dikesan di Semenanjung Malaysia yang berasal dari negeri itu.

Katanya, pola jangkitan COVID-19 yang terus meningkat di Negeri Di Bawah Bayu itu mendorong langkah itu perlu diambil segera.

BACA DI SINI

11 kes Semenanjung berasal dari Sabah, petanda tidak baik - Pakar

Mon Sep 28 2020

Sebelas kes baharu COVID-19 yang dikesan di Semenanjung daripada individu yang kembali dari Sabah adalah sesuatu yang mengecewakan bagi Pakar Kesihatan Awam Prof Madya Dr Malina Osman.

Menurutnya, ia memberi petanda bahawa perkembangan seterusnya pandemik itu di negara ini akan menjadi tidak begitu baik.

"Saya melihat itu sebagai keadaan yang mendukacitakan dan memberikan satu tanda bahawa perkembangan seterusnya tidak begitu baik.

"Kita akan menghadapi satu keadaan di mana kita perlu membuat lebih banyak saringan dan mengesan mereka yang positif serta melakukan tindakan pencegahan," katanya kepada Astro AWANI.

BACA DI SINI

Kuarantin individu balik dari Sabah di pusat isolasi, bukan di rumah - Pakar Kesihatan

Mon Sep 28 2020

Kerajaan perlu mewajibkan kuarantin di pusat isolasi bagi mereka yang kembali dari Sabah dan bukannya di rumah, tegas Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof. Madya Dr Malina Osman.

Menurut beliau, membenarkan individu yang balik dari Sabah melakukan kuarantin wajib di rumah hanya akan mengundang masalah.

Ini kerana, tegas Dr Malina, kerajaan perlu mengambil iktibar bahawa kuarantin di rumah gagal dilaksanakan oleh beberapa individu sehingga menyebabkan penularan tempatan berlaku.

“Satu langkah yang saya harap dapat dilaksanakan ialah supaya kuarantin wajib di pusat-pusat isolasi yang ditentukan, bukan kuarantin di rumah sebab kita sudah melihat sebelum ini kuarantin di rumah gagal untuk mengekang penularan wabak pada bulan Jun dan Julai.

BACA DI SINI

20 jam berlalu, siapa Ketua Menteri Sabah baharu?

Sun Sep 27 2020

SELEPAS lebih 20 jam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah secara rasmi diketahui, teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu masih belum terjawab.

Pemimpin-pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah pun menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Ahad.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Boleh bentuk kerajaan gabungan walaupun GRS belum daftar - Penganalisis

Sun Sep 27 2020

Kerajaan gabungan boleh dibentuk di negeri Sabah walaupun kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) masih belum didaftarkan sebagai satu gabungan.

Penganalisis politik Dr Romzi Ationg daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata kerajaan baharu boleh diperintah oleh gabungan yang terdiri daripada 17 wakil rakyat Perikatan Nasional (PN), 14 (BN), tujuh (PBS) dan tiga wakil rakyat Bebas iaitu jumlah 41 wakil rakyat.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Tahniah rakyat Sabah - Abang Jo

Sun Sep 27 2020

Pengembara Sabah pulang mengundi terkandas tiga jam tunggu saringan

Sun Sep 27 2020

Sejumlah besar pengembara dari Sabah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad terpaksa menunggu lebih tiga jam bagi menjalani saringan COVID-19.

Mereka yang kebanyakannya pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah semalam kini diwajibkan menjalani saringan tersebut selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan itu pada Sabtu.

LIHAT VIDEO DI SINI

Perkembangan terkini di hadapan Istana negeri Sabah

Sun Sep 27 2020

Isu GRS belum berdaftar bukan masalah - Saifuddin

Sun Sep 27 2020

Isu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan gabungan politik yang berdaftar tidak menjadi masalah kepada kemenangan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, ini kerana semua calon GRS yang bertanding pada PRN tersebut menggunakan simbol parti yang berdaftar iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah.


KLIK UNTUK BERITA LANJUT

TYT Sabah dijangka umum Ketua Menteri Sabah esok - Ahmad Maslan

Sun Sep 27 2020

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijangka akan mengumumkan nama Ketua Menteri Sabah yang baharu esok, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam ciapannya, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, perjumpaan antara pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Rakyat Sabah dengan Juhar sudah selesai kira-kira 3.30 petang tadi.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Calon Ketua Menteri perlu personaliti disenangi semua rakyat dan elit politik

Sun Sep 27 2020

Peguam Besar Negeri Sabah meninggalkan perkarangan Istana Negeri

Sun Sep 27 2020

5.20 petang

Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soo meninggalkan perkarangan Istana Negeri.

Tiada sebarang komen diberikan oleh beliau.@501Awani #PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/WXzVQPNAH5

— Syah Hairizal (@syahhairizal) September 27, 2020

Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh memasuki Istana Negeri

Sun Sep 27 2020

Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh memasuki Istana Negeri pada pukul 5 petang. #SabahMemilih #HapusCOVID19 @501Awani

— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) September 27, 2020

Kemenangan GRS petanda kepimpinan Muhyiddin diterima rakyat - PAS

Sun Sep 27 2020

Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu memberi isyarat kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diterima rakyat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ia turut bermakna bentuk kerjasama politik yang diwujudkan melalui Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) diterima baik.



KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Datuk Hajiji Mohd Nor dan Datuk Dr Jeffrey tidak memberi sebarang komen

Sun Sep 27 2020

Datuk Jahid Jahim pic.twitter.com/LotWchL4wO

— Syah Hairizal (@syahhairizal) September 27, 2020

Siapa Ketua Menteri Sabah akan diputuskan Tun Juhar dalam tempoh terdekat - Bung Moktar

Sun Sep 27 2020

Keputusan siapa calon Ketua Menteri Sabah yang baharu akan dibuat Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dalam waktu terdekat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Tun Juhar meminta tempoh untuk membuat keputusan itu.

“Dia minta tempoh... (keputusan) dapat waktu terdekat,” katanya ringkas kepada media selepas menghadap Tun Juhar petang ini."

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Perkembangan terkini di hadapan pintu Istana Negeri Sabah

Sun Sep 27 2020

PKR hormat pilihan rakyat - Anwar Ibrahim

Sun Sep 27 2020

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil maklum keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, dan menghormati pilihan yang diambil majoriti rakyat negeri itu, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, rakyat Sabah telah melaksanakan tanggungjawab dalam proses demokrasi, walaupun negara masih di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ekoran penularan pandemik COVID-19.

Namun, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau berharap agar proses pembentukan kerajaan negeri dapat dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.


Kehadiran 4 pimpinan parti menghadap TYT Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri

Sun Sep 27 2020

3.00 petang

Kehadiran Presiden Parti Solidariti Rakyat STAR , Datuk Dr Jeffrey Kitingan melengkapkan 4 pimpinan parti yang dimaksudkan mengadap TYT Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.@501Awani #PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/5C1X8W0kBt

— Syah Hairizal (@syahhairizal) September 27, 2020

Setiausaha Agung PBS Datuk Jahid Jahim tiba di perkarangan Istana Negeri

Sun Sep 27 2020

2.45 petang

Setiausaha Agong PBS Datuk Jahid Jahim tiba di perkarangan Istana Negeri bagu mengadap TYT Tun Juhar Mahiruddin.@501Awani #SabahMemilih #PilihanSabah #HapusCOVID19 pic.twitter.com/5Y7M3yoE7x

— Syah Hairizal (@syahhairizal) September 27, 2020

Perkembangan dari Istana Negeri Sabah

Sun Sep 27 2020

Hajiji Mohd Nor tiba di perkarangan Istana Negeri

Sun Sep 27 2020

2.28 petang

Datuk Hajiji Mohd Nor tiba di perkarangan Istana Negeri.@501Awani #PilihanSabah #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/bsHp5zjdJx

— Syah Hairizal (@syahhairizal) September 27, 2020

PRN Sabah: Bung Moktar, Hajiji menghadap Tun Juhar

Sun Sep 27 2020

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau dan Datuk Seri Hajiji Noor akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, pertemuan dengan Juhar itu akan berlangsung pada jam 2.30 petang.

Katanya, Juhar akan menentukan sama ada beliau atau Hajiji yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Zahid Hamidi disahkan negatif, Najib Razak masih menunggu keputusan

Sun Sep 27 2020

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluahkan kelegaan selepas disahkan negatif daripada wabak COVID-19 dalam ujian kali kedua dilakukannya.

Perkara itu dikongsikan beliau sendiri di laman Twitternya.

Presiden UMNO itu sebelum ini dilaporkan perlu menjalani kuarantin wajib susulan dikenal pasti antara kontak rapat kepada dua pemimpin kanan UMNO yang telah pun disahkan dijangkiti COVID-19 iaitu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razlan Rafii.

Selain itu, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pitas Sufian Abdul Karim turut disahkan positif COVID-19 semalam.

GRS perlu berunding untuk mencari calon Ketua Menteri

Sun Sep 27 2020

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan The Magallen

Sun Sep 27 2020

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan The Magallen, sebentar tadi.

Katanya, perbincangan sudah selesai, dan kenyataan lanjut akan dibuat, dipercayai berhubung keputusan calon Ketua Menteri Sabah yang baharu @501Awani #SabahMemilih pic.twitter.com/m8LR0Rllfi

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 27, 2020

Kerajaan Sabah perlu segera dibentuk tangani pandemik - Pakar Kesihatan

Sun Sep 27 2020

Kerajaan baharu negeri Sabah perlu segera dibentuk supaya dapat menangani kes COVID-19 yang semakin meningkat di negeri itu.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, perkara itu penting bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan COVID-19 dapat dilaksanakan dengan segera.

“Saya sangat mengesyorkan perkara ini supaya sebarang kerja atau keputusan mengenai COVID-19 dapat dilaksanakan dengan segera ketika mana negeri itu sedang merekodkan peningkatan kes jangkitan,” kata beliau kepada Astro AWANI pada Ahad.

Kerajaan negeri Sabah yang baharu masih belum dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai dilaksanakan pada Sabtu.

BACA DI SINI

Ketua parti GRS menghadap TYT Sabah hari ini - Annuar Musa

Sun Sep 27 2020

Semua ketua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Bebas akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.

Menurut beliau, pertemuan itu akan diadakan susulan selepas kesemua 41 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS dan Bebas berjumpa buat kali pertama di sini selepas berjaya menewaskan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Negeri ke-16 pada Sabtu.

Selain Annuar, pertemuan dengan Juhar juga akan disertai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hajijii Mohd Noor.


BACA DI SINI

41 ADUN GRS plus mengadakan pertemuan buat pertama kali

Sun Sep 27 2020

Semua 41 ADUN GRS plus bertemu mesra buat pertama kali hari ini.Ketua Ketua Parti UMNO BERSATU &PBS akan mengadap TYT hari ini juga,Insyaallah

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 27, 2020

Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tiba di Meeting Room The Magellan Sutera

Sun Sep 27 2020

[12:38PM] Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Calon Bebas DUN Kuamut, Datuk Masiung Banah tiba di Meeting Room The Magellan Sutera tengah hari ini. #SabahMemilih #PilihanSabah #HapusCOVID19 https://t.co/w0WioWt4qA

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 27, 2020

Ketua parti GRS menghadap TYT Sabah hari ini - Annuar Musa

Sun Sep 27 2020

Semua ketua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Bebas akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Calon Bebas DUN Kuamut, Datuk Masiung Banah tiba di Meeting Room The Magellan Sutera

Sun Sep 27 2020

[12:38PM] Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Calon Bebas DUN Kuamut, Datuk Masiung Banah tiba di Meeting Room The Magellan Sutera tengah hari ini. #SabahMemilih #PilihanSabah #HapusCOVID19 https://t.co/w0WioWt4qA

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) September 27, 2020

Setiausaha Agung BN sahkan majoriti ADUN di bawah GRS sedang mencapai persetujuan untuk memilih Ketua Menteri Sabah ke 18

Sun Sep 27 2020

Semua 41 ADUN GRS plus bertemu mesra buat pertama kali hari ini.Ketua Ketua Parti UMNO BERSATU &PBS akan mengadap TYT hari ini juga,Insyaallah

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 27, 2020

Beberapa kenderaan dilihat keluar meninggalkan The Magellan Sutera

Sun Sep 27 2020

Beberapa kenderaan dilihat keluar meninggalkan The Magellan Sutera sebentar tadi. Turut kelihatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali @501Awani #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/pkzkGvfiU2

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 27, 2020

DS Ismail Sabri Yaakob tiba di Hotel The Magellan Sutera di mana lokasi Perikatan Nasional mengadakan perbincangan

Sun Sep 27 2020

Menteri Pertahanan, DS Ismail Sabri Yaakob mengesahkan BN masih bersama Gabungan Rakyat Sabah yang turut dianggotai Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah. #SabahMemilih #PRNSabah @501Awani pic.twitter.com/qaEXguCo2X

— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) September 27, 2020

Perbincangan mengenai calon ketua menteri Sabah berlangsung di The Magellan Hotel

Sun Sep 27 2020

Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu yang juga ADUN Karanaan hadir di The Magellan Hotel dipercayai bagi mengikuti perbincangan mengenai calon ketua menteri Sabah.#SabahMemilih #HapusCOVID19 @501Awani pic.twitter.com/XkkayGiZTk

— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) September 27, 2020

PBS masih teguh bersama rakan PN dan BN

Sun Sep 27 2020

PBS nafi sokong Warisan Plus bentuk kerajaan negeri

Sun Sep 27 2020

Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-sekerasnya bahawa parti itu bersama dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan.

Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai menegaskan, parti itu masih teguh bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

KLIK UNTUK BERITA LANJUT

Wakil rakyat dan GRS masih bermesyuarat

Sun Sep 27 2020

Teka-teki mengenai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu masih lagi menjadi tanda tanya.

Difahamkan, wakil rakyat dan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih lagi mengadakan perbincangan mengenai calon tersebut.

Malah, Pengerusi PN Sabah Datuk Seri Hajiji Noor juga kelihatan berada di sebuah hotel terkemuka di sini sejak pukul 9 pagi ini.

Bukan sahaja Hajiji, turut kelihatan memasuki pekarangan hotel tersebut ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang merupakan Ketua Penerangan PN.


LAPORAN PENUH DI SINI

Ming Hotel - yang menjadi lokasi perjumpaan beberapa pemimpin UMNO

Sun Sep 27 2020

Ming Hotel - yang menjadi lokasi perjumpaan beberapa pemimpin UMNO awal pagi tadi juga kelihatan lengang ketika ini. Tiada tanda-tanda pergerakan kenderaan yang membawa mana-mana pemimpin parti politik @501Awani #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/krqni3geRa

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 27, 2020

Wartawan di lokasi diberitahu tiada Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah hari ini

Sun Sep 27 2020

9.10 pagi

Istiadat mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu tidak akan diadakan hari ini.
Sumber rapat kepada Astro AWANI memaklumkan Istana Negeri akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut hari ini.@501Awani #sabahmemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/ENfRwGWNyo

— Syah Hairizal (@syahhairizal) September 27, 2020

Media mula berkampung di perkarangan Istana Negeri Sabah

Sun Sep 27 2020

7.30 pagi

Situasi semasa di pintu utama Istana Negeri, Sabah.@501Awani #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/u80ab4NLYY

— Syah Hairizal (@syahhairizal) September 26, 2020

Tiada angkat sumpah hari ini

Sun Sep 27 2020

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu tidak akan diadakan hari ini.

Sumber rapat kepada Astro AWANI memaklumkan, Istana Negeri akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut hari ini.

PERKEMBANGAN LANJUT MENGENAINYA MENYUSUL

Putuskan cepat siapa Ketua Menteri, kalau tidak, ada yang 'lompat parti' - Penganalisis

Sun Sep 27 2020

Pelantikan Ketua Menteri Sabah perlu dilakukan secepat mungkin bagi memastikan tiada wakil rakyat yang menjadikan alasan lambat memilih untuk mereka 'lompat parti'.

Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Rahezzal Syah Abdul Karim, pelantikan jawatan nombor satu di Sabah itu tidak sepatutnya dilengah-lengahkan demi kepentingan rakyat negeri berkenaan.

Tegasnya, tiada alasan lagi untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencari alasan dengan mengambil masa yang lama untuk membentuk kerajaan baharu.

"Tidak ada alasan bagi GRS untuk menubuhkan kerajaan secepat mungkin. Tumpuan sekarang adalah COVID, COVID, COVID,ekonomi, ekonomi , ekonomi.

"Lebih lama mereka memanjangkan proses untuk melantik Ketua Menteri, maka rakyat sudah pandai marah sudah.

"Jadi proses ini perlu dilakukan secepat mungkin dan lakukan yang terbaik. Ingat, kayu pengukur pengundi bukan lagi lima tahun. Harapan pengundi itu tinggi," ujarnya lagi.

BACA LAPORAN PENUH DI SINI


Sehari selepas PRN Sabah: Apa yang boleh dijangka pada hari ini?

Sun Sep 27 2020

Tumpuan hari ini pastinya di Istana Negeri Sabah dalam melihat siapa yang bakal menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin akan mengesahkan siapa yang akan memegang jawatan itu.

Dalam masa yang sama, bagaimana masa hadapan Sabah pasca Pilihan Raya Negeri ke 16 dengan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang berjaya membolot 38 kerusi.

PRN Sabah: Rubin Balang nyata sokongan kepada PN

Sun Sep 27 2020

Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang menyatakan hasrat dan pendirian menyokong Perikatan Nasional (PN).

Malah, Rubin berkata, beliau juga akan menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan oleh PN untuk menjadi ketua menteri.

Rubin juga menjadi perhatian pengamal media apabila hadir ke sidang media Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di sebuah hotel.

BERITA PENUH DI SINI

Pengumuman akan dibuat sebelum memasuki istana

Sat Sep 26 2020

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memaklumkan akan mengumumkan calon Ketua Menteri Sabah yang baharu, pada Ahad.

Perkara itu dimaklukan oleh Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Jelasnya, pengumuman akan dibuat sebelum memasuki istana.

“Kita akan maklum esok (Ahad) sebelum naik istana.

“Cukup untuk angkat sumpah. Tapi sebab dalam keadaan sudah malam... kita akan umum esok hari,” demikian katanya dalam sidang media, awal pagi Ahad.

Turut hadir adalah Setiausaha Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin; dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah baharu




#Ketua Menteri#PRN Sabah#Ketua Menteri Sabah#Istana Negeri Sabah#Sabah Memilih#Hajiji Noor
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.