UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] GPS selesai menghadap YDPA Agong secara maya

Pertemuan diadakan di Wisma Bapa Malaysia di Kuching itu dihadiri Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Astro Awani
Pertemuan diadakan di Wisma Bapa Malaysia di Kuching itu dihadiri Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. -Gambar fail

GPS persembah 3 perkara perangi COVID-19 ketika menghadap Agong

Mon Jun 14 2021

Tiga perkara utama yang dipersembah GPS ialah mencapai imuniti kelompok, kerajaan yang kuat dan stabil dan pelan pemulihan ekonomi ketika memerangi wabak COVID-19.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sesi menghadap secara atas talian itu GPS yang mengemudi kerajaan negeri Sarawak memaklumkan program vaksinasi di Sarawak akan dipercepat dan diselesaikan pada Ogos bagi mencapai imuniti kelompok


BERITA PENUH DI SINI

Pemimpin GPS selesai menghadap Agong

Mon Jun 14 2021

Empat presiden parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang diadakan secara maya di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Pertemuan selama 30 minit itu melibatkan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

GPS persembah tiga faktor

Mon Jun 14 2021

GPS persembah tiga faktor penting perangi COVID-19 iaitu imuniti kelompok, kerajaan kukuh dan pelan pemulihan semasa menghadap Agong hari ini.

GPS menghadap Agong secara maya

Mon Jun 14 2021

Wakil PBS dijadual menghadap Agong petang ini

Fri Jun 11 2021

Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili menjadi ketua parti politik yang ketiga dan terakhir diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Terdahulu kenderaan yang Ahli Parlimen Kota Marudu itu naiki, dilihat memasuki Pintu Dua, Istana Negara kira-kira 2.16 petang tadi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Isu MAGERAN tidak dibincangkan - Zahid

Fri Jun 11 2021

Ditanya sama ada beliau turut membangkitkan mengenai cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak dibincangkan dengan Agong.

Tegasnya lagi, penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya Darurat sudah mencakupi langkah yang perlu dilakukan melalui Majlis itu.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Vigneswaran tinggalkan pekarangan Istana Negara

Fri Jun 11 2021

Kenderaan membawa Presiden MIC TS SA Vigneswaran juga dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 11.38 pagi tadi selepas selesai mengadap YDP Agong. @501Awani

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021

UMNO tolak darurat, Parlimen wajar bersidang - Zahid

Fri Jun 11 2021

UMNO mengambil pendirian agar darurat yang sedang berkuat kuasa sekarang ditamatkan selepas 1 Ogos dan Parlimen dapat diteruskan seperti biasa.

Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah disampaikan beliau sendiri sewaktu diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara, pagi ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

UMNO senada dengan parti politik lain - Zahid

Fri Jun 11 2021

UMNO senada dengan majoriti parti-parti politik lain, desak Darurat ditamatkan dan Parlimen diteruskan.

Mengenai soal MAGERAN, Ahmad Zahid berkata mereka menolak cadangan itu, dan mendakwa ia adalah sesuatu di luar norma utk kepentingan pihak tertentu. @501Awani pic.twitter.com/A328HqylqN

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021

Zahid pertama menghadap Agong hari ini

Fri Jun 11 2021

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua parti politik pertama diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 2, kira-kira 9.55 pagi tadi.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Zahid Hamidi tiba di Istana Negara

Fri Jun 11 2021

Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua parti politik pertama diperkenan masuk menghadap YDP Agong di Istana Negara, hari ini. Beliau tiba kira-kira 9.55 pagi tadi. @501Awani pic.twitter.com/pEmtmTZHjE

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021

Zahid, Vigneswaran, Maximus Ongkili menghadap Agong hari ini

Fri Jun 11 2021

Hari ketiga pertemuan antara YDP Agong dan pemimpin-pemimpin parti politik di Istana Negara.

Mengikut laporan sebelum ini, tiga lagi ketua parti politik ialah:-

1.DSAhmad Zahid Hamidi (UMNO)
2.Tan Sri SA Vigneswaran (MIC)
3.DS Maximus Johnity Ongkili (PBS)@501Awani pic.twitter.com/BAXN6Oo80Z

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 11, 2021

Tiga pemimpin politik dijangka menghadap Agong

Fri Jun 11 2021

Beberapa lagi pemimpin politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Hari ini adalah hari ketiga berlangsungnya siri pertemuan dengan pemimpin parti politik.


ARTIKEL PENUH DI SINI

Agong tanya bila sesuai adakan PRU15, dakwa Tun M

Thu Jun 10 2021

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, pilihan raya tidak wajar dilakukan dalam tempoh terdekat kerana bimbang kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Tun M usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong

Thu Jun 10 2021

Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'​ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Empat lagi wakil parti selesai menghadap Agong hari ini

Thu Jun 10 2021

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi wakil ketua politik keempat selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara pada pukul 4.20 petang selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pejabat Tun M 'belanja' petugas media air kelapa. Terima kasih, Tun!

Thu Jun 10 2021

Suasana hangat pengamal media di pekarangan pintu 2 Istana Negara hari ini ‘disejukkan’ dengan sumbangan air kelapa oleh pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain air ‘nyior, pejabat Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut menyediakan lebih 100 pek bihun goreng kepada petugas media.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara

Thu Jun 10 2021

Tatkala pemimpin lain menaiki kereta mewah keluaran luar negara memasuki Istana Negara, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebaliknya.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Pintu Dua, Istana Negara kira-kira jam 1.58 tengah hari pada Khamis menaiki sebuah Proton X70 berwarna kelabu.


BERITA PENUH DI SINI

Anwar serah dua dokumen kepada Al-Sultan Abdullah - Sumber

Thu Jun 10 2021

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan dua dokumen ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.

Maklumat itu dikongsi oleh sumber yang memaklumkan Presiden PKR itu menyerahkan dua dokumen penting berkaitan COVID-19 dan ekonomi negara.

BERITA PENUH DI SINI

Shafie Apdal tiba sekitar jam 3.10 petang

Thu Jun 10 2021

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Istana Negara pada pukul 3.10 petang tadi bagi menghadap Al-Sultan Abdullah @501Awani. Beliau dilihat menaiki kenderaan jenis Range Rover berwarna hitam pic.twitter.com/TUfgoAvYGM

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021

Tun M tiba di Istana Negara

Thu Jun 10 2021

https://twitter.com/HasimiM/status/1402873815743401988?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1402873815743401988%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fpublish.twitter.com%2F%3Fquery%3Dhttps3A2F2Ftwitter.com2FHasimiM2Fstatus2F1402873815743401988widget%3DTweet

Cuaca panas, Tun M belanja media air kelapa!

Thu Jun 10 2021

Suasana hangat depan Istana Negara disejukkan dengan air kelapa sumbangan daripada Pejabat Tun Dr @chedetofficial. Terima kasih Tun belanja media! @501Awani pic.twitter.com/BfcWjXcRsj

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) June 10, 2021

Wee Ka Siong tiba menghadap Agong

Thu Jun 10 2021

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan memasuki Istana Negara pada jam 11.50 pagi menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Wee Ka Siong tiba di Istana Negara

Thu Jun 10 2021

Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih yang membawa Presiden MCA, Presiden MCA, Datuk Seri Dr

Istana sediakan khemah untuk media. Terima kasih!

Thu Jun 10 2021

Media dibenar kembali ke lokasi awal

Thu Jun 10 2021

Istana Negara beri kebenaran kepada pengamal media untuk kembali membuat liputan di lokasi awal berdekatan pintu 2.

Pihak istana turut menyediakan khemah untuik kemudahan pengamal media di pekarangan pintu 2.

FRU bersiap-sedia di hadapan Pintu 2 Istana Negara

Thu Jun 10 2021

Pengamal media tidak dibenar berada berdekatan Pintu 2 Istana Negara

Thu Jun 10 2021

Pengamal media yang membuat liputan siri pertemuan wakil-wakil ketua politik dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini diarahkan untuk tidak berada berdekatan pintu 2 Istana Negara berikutan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi Astro AWANI, polis telah diarahkan oleh pihak Istana Negara untuk membuat kawalan di kawasan berkenaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Lagi beberapa pemimpin politik sembah menghadap YDP Agong

Thu Jun 10 2021

Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara

Thu Jun 10 2021

Kenderaan membawa Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi.

Maklumat dari sumber mengatakan beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi.

Beliau merupakan pemimpin kedua daripada Kerajaan yang sembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara

Thu Jun 10 2021

Kereta plat 'Menteri' masuk Istana Negara

Thu Jun 10 2021

Belum ada lagi wakil pemimpin politik tiba

Thu Jun 10 2021

Dr Mahathir antara ahli politik bakal menghadap Agong hari ini

Thu Jun 10 2021

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dijadual hadir ke Istana Negara pada jam 2 petang ini.

Selain Dr Mahathir, dua ahli politik lain ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili dan Presiden Parti Warisan Sabah Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Hari kedua: Beberapa lagi ahli politik bakal menghadap Agong

Thu Jun 10 2021

COVID-19 agenda utama sesi menghadap pemimpin parti politik

Wed Jun 09 2021

Keadaan semasa negara terutama kes penularan COVID-19 menjadi agenda utama majlis menghadap pemimpin parti-parti politik negara ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Ini sekali gus menamatkan spekulasi sesetengah pihak berhubung pertemuan itu yang dikatakan bagi membincangkan tentang landskap politik semasa negara.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tiga pemimpin pembangkang selesai menghadap Agong

Wed Jun 09 2021

Tiga wakil pemimpin parti politik daripada pembangkang selesai menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara di ibu negara pada Rabu.

Mereka masing-masing adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; serta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu. 

BERITA LANJUT MENYUSUL

Agong berkenan adakan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja 16 Jun

Wed Jun 09 2021

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.

Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin hari ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, di ibu negara.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pertemuan pemimpin politik dengan Agong legakan rakyat - Peguam

Wed Jun 09 2021

Pertemuan pemimpin politik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara melegakan rakyat, kata peguam bela dan peguam cara, Datuk Salehuddin Saidin.

Jelasnya, ia membuktikan Al-Sultan Abdullah sentiasa bersedia untuk bersama rakyat melalui pemimpin dan ketua-ketua parti politik membincangkan langkah sebaiknya untuk diambil kerajaan terutama dalam situasi pandemik COVID-19 hari ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI



Isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar 

Wed Jun 09 2021

Anwar selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

Wed Jun 09 2021

Pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar Ibrahim

Wed Jun 09 2021

Isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Agong Isnin depan

Wed Jun 09 2021

Empat presiden parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui persidangan video pada pukul 11 pagi Isnin kelak.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perdana Menteri selesai menghadap Agong dalam pertemuan lebih sejam

Wed Jun 09 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8.56 pagi, di sini, hari ini.

Pertemuan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dengan Al-Sultan Abdullah berlangsung selama lebih sejam.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Wed Jun 09 2021

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap PM bagi mesyuarat Pra-Kabinet

Wed Jun 09 2021

Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Wed Jun 09 2021

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pada jam 10.37 pagi ini.

Beliau dilihat memasuki pintu 2 Istana Negara menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar Ibrahim dilihat memasuki Istana Negara

Wed Jun 09 2021

DAP menerima perkenan untuk menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini

Wed Jun 09 2021

PM menghadap Agong di Istana Negara

Tue Jun 08 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan rasmi Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara

Tue Jun 08 2021

Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok

Tue Jun 08 2021

Esok Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka memulakan siri menerima menghadap ketua-ketua parti politik secara berasingan di Istana Negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Proklamasi Darurat: YDP Agong dijangka bertemu ketua, penasihat parti politik - Sumber

Mon Jun 07 2021

Beberapa siri mesyuarat membabitkan pemimpin parti politik dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah didakwa sedang dalam perancangan dan bakal berlangsung selama beberapa hari bermula 9 Jun ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong

Mon Jun 07 2021

Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.