UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas

Seorang juruterbang TUDM maut, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas Selasa malam di Butterworth.

Astro Awani
Seorang juruterbang TUDM terkorban, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas Selasa malam. - fotoBERNAMA

Mohamad Affendi anak harapan, sedaya upaya balas jasa keluarga - Ibu

Thu Nov 18 2021

Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam tadi, merupakan anak yang baik dan banyak membantu menyara kehidupan kedua orang tuanya.

Ibunya Razilah Daud, 52, berkata pada 2017 Allahyarham membeli sebuah rumah di Taman Redan Perdana di Muadzam Shah di sini, disusuli dengan sebuah kereta pada tahun 2019 untuk kegunaan mereka sekeluarga.


BACA BERITA PENUH DI SINI

TUDM fokus kebajikan keluarga juruterbang pesawat terhempas

Wed Nov 17 2021

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memfokuskan kepada kebajikan keluarga kedua-dua juruterbang pesawat Hawk yang terlibat dalam kemalangan ketika latihan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada Rabu.

TUDM menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi berkata, segala urusan rawatan di hospital dan urusan pengebumian akan disempurnakan pihaknya dengan sebaik-baiknya.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kebajikan keluarga juruterbang diberi perhatian - Hishammuddin

Wed Nov 17 2021

Kebajikan keluarga kedua-dua pegawai yang terlibat nahas pesawat Hawk 108 akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk bantuan melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata bantuan daripada tabung berkenaan diuruskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan (Mindef).

BERITA PENUH DI SINI

Jenazah juruterbang selamat dikebumikan di Muadzam Shah

Wed Nov 17 2021

Suasana pilu menyelubungi pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di Pahang, malam ini.

Jenazah Allahyarham yang tiba di tanah perkuburan itu jam 7.28 malam selamat dikebumikan pada jam 8.30 malam.

BERITA PENUH DI SINI

TUDM urus kebajikan keluarga juruterbang

Wed Nov 17 2021

Kerajaan Negeri P. Pinang sampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa

Wed Nov 17 2021

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam insiden pesawat Hawk terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow kepada Juruterbang Operasi 18 Skuadron TUDM, Kapten Nazrin Mohd Nadzri di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, hari ini.

BERITA PENUH DI SINI

Jenazah Kapten Mohamad Affendi disemadikan di Muadzam Shah, Pahang

Wed Nov 17 2021

Jenazah juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang selesai dibedah siasat sekitar pukul 2 petang tadi di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini akan dikebumikan di Muadzam Shah, Pahang hari ini.

Sebaik selesai proses bedah siasat, jenazah Allahyarham dibawa ke Pangkalan Udara Butterworth untuk disolatkan sebelum diterbangkan ke Pahang bagi urusan pengebumian.

Al-Fatihah. 

BERITA PENUH DI SINI


Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Afendi

Wed Nov 17 2021

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Afendi

Wed Nov 17 2021

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Buttterworth malam tadi

Jenazah Kapten Mohamad Affendi akan dikebumikan di kampung halaman di Muadzam Shah hari ini

Wed Nov 17 2021

Jenazah Kapten Mohamad Affendi akan dikebumikan di kampung halaman di Muadzam Shah, Pahang hari ini menurut adik perempuannya. 

Terdahulu, Astro AWANI difahamkan ibu bapa arwah dibawa dengan pesawat TUDM dari Muadzam ke Butterworth pagi ini.

Turut sama isteri arwah yang berada di Kelantan.

Keluarga Mohd Fareez bersyukur anak terselamat

Wed Nov 17 2021

Keluarga juruterbang yang cedera dalam insiden pesawat Hawk MK108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, bersyukur beliau terselamat dalam nahas itu.

Bapa Mejar Mohd Fareez Omar, Mejar Omar Deros berkata dia mendapat maklumat berhubung kejadian malam tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mohamad Affendi terima anugerah seminggu sebelum kejadian

Wed Nov 17 2021

Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk pada Selasa malam merupakan pemenang Green Endorsement menerusi anugerah inovasi TUDM baru-baru ini.

Berdasarkan laporan di portal rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi, 31, dikurniakan anugerah itu sebagai pengiktirafan setelah berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri rakam takziah kepada ahli keluarga Kapten Mohamad Affendi Bustamy

Wed Nov 17 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam catatan di Facebooknya, Ismail Sabri mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kementerian Pertahanan perlu ambil iktibar, langkah proaktif - Anwar

Wed Nov 17 2021

Kementerian Pertahanan perlu mengambil iktibar dan langkah proaktif lewat kemalangan yang menimpa perajurit negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi memastikan insiden seperti melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sehingga mengorbankan nyawa tidak berulang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ambil iktibar agar tidak berulang - Anwar

Wed Nov 17 2021

Jenazah Mohamad Affendi dijangka dibawa pulang ke Muadzam

Wed Nov 17 2021

Jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy dijangka dibawa pulang ke Muadzam, Pahang.

Difahamkan ibu bapa arwah dibawa dengan pesawat TUDM dari Muadzam ke Butterworth pagi ini.

Turut sama isteri arwah yang berada di Kelantan.

Takziah daripada Kedutaan Perancis

Wed Nov 17 2021

Kedutaan Perancis di Malaysia mengucapkan takziah kepada warga @tudm_rasmi dan ahli keluarga Kapten Mohamad Affendi bin Bustamy TUDM yang terkorban dalam insiden pesawat pejuang Hawk 108 di Butterworth semalam. pic.twitter.com/XyX8wxXBcR

— France in Malaysia (@FRinMalaysia) November 17, 2021

PM ucap takziah

Wed Nov 17 2021

Saya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 17, 2021

Mangsa cedera sudah sedar

Wed Nov 17 2021

Media difahamkan Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam nahas malam tadi sudah sedar namun masih di bawah pemantauan pihak Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

MB Terengganu ucap takziah

Wed Nov 17 2021

Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy. Moga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ucapan takziah juga buat Mejar Mohd. Fareez Omar dan didoakan agar diberi kesembuhan segera.

— Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (@DrAhmadSamsuri) November 17, 2021

Rela ucap takziah

Wed Nov 17 2021

Salam Takziah dari kami warga RELA seluruh negara.??@tudm_rasmi @KDNPUTRAJAYA @dhzhamzah @IsmailSaid087 @jonathanyasin @wandahlan @yahyakgc @SazaliZin pic.twitter.com/DcVOCH3Ke8

— RELA Malaysia (@relamalaysia) November 17, 2021

Mohamad Affendi terima anugerah seminggu sebelum kejadian

Wed Nov 17 2021

Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas malam tadi merupakan pemenang Anugerah Green Endorsement menerusi Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ia sebagai pengiktirafan di atas kepakaran beliau berjaya membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Anugerah itu disampaikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang, Selangor minggu lepas.

Ucapan takziah daripada Timb Presiden Pejuang

Wed Nov 17 2021

Innalilahiwainalilahirojiun.

Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, malam tadi. pic.twitter.com/jr7iwpeI10

— Marzuki Yahya (@MarzukiYahyaFC) November 17, 2021

Takziah daripada Panglima Tentera Laut, warga TLDM

Wed Nov 17 2021

Panglima Tentera Laut dan #NavyPeople mengucapkan takziah kepada warga @tudm_rasmi dan ahli keluarga Kapten Mohamad Affendi bin Bustamy TUDM yang terkorban dalam insiden pesawat pejuang Hawk 108 di Butterworth.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. #NavyWishes pic.twitter.com/2lKhIXe621

— Royal Malaysian Navy (@tldm_rasmi) November 17, 2021

Annuar ucap takziah

Wed Nov 17 2021

Menerima pengkhabaran yang mendukacitakan daripada TUDM mengenai insiden pesawat Hawk 108. Saya ucapkan takziah buat keluarga Kapten Mohamad Affendi Bustamy. Semoga diberikan kekuatan menempuhinya & semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah https://t.co/n6U3VXekrV

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 17, 2021

Ucapan takziah buat Kapt Muhamad Affendi

Wed Nov 17 2021

"Turut Berdukacita"

Salam Takziah dari Pegawai Memerintah dan Warga @pustakmar buat keluarga & waris Pegawai @tudm_rasmi, Kapt Muhamad Affendi TUDM yang terkorban dalam Insiden Kemalangan Pesawat Hawk TUDM.#Belasungkawa#Salamtakziah@Harisun24158083 @MPA_Barat @tldm_rasmi pic.twitter.com/BHKbbVRWU8

— PUSTAKMAR TLDM (@pustakmar) November 17, 2021

Takziah daripada MyWatch

Wed Nov 17 2021

Kehilangan besar buat TUDM dan negara.

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga.

Kapten Mohamad Affendi Bustamy meninggal dunia dalam nahas pesawat jet pejuang TUDM yang terhempas dalam sesi latihan malam di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, malam tadi. pic.twitter.com/QQk3s6e7xv

— MyWatch (@My_CrimeWatch) November 17, 2021

Takziah daripada Pejuang Muda

Wed Nov 17 2021

Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kejadian pesawat terhempas di Pangkalan Udara Butterworth. pic.twitter.com/liM5vEIwaY

— PEJUANG MUDA OFFICIAL ?? (@PejuangMudaMy) November 17, 2021

Video kejadian berjaya dirakam saksi

Wed Nov 17 2021

Perkembangan nahas pesawat TUDM

Wed Nov 17 2021

Ucapan takziah daripada Kedutaan Australia

Wed Nov 17 2021

Sincere condolences from all at the Australian High Commission @HishammuddinH2O @tudm_rasmi @MINDEFMalaysia https://t.co/X0sdT78TR0

— Justin Lee (@AusHCMalaysia) November 17, 2021

Bedah siasat jam 9 pagi ini

Wed Nov 17 2021

Bedah siasat ke atas mangsa nahas pesawat TUDM akan bermula 9 pagi ini.

Siasatan tumpu aspek teknikal - TUDM

Wed Nov 17 2021

Saksi dakwa dengar dua kali letupan

Wed Nov 17 2021

TUDM jalankan siasatan terperinci

Tue Nov 16 2021

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth pada Selasa malam.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan tanpa mengulas lanjut berkata, siasatan akan menjurus kepada aspek teknikal ke atas nahas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Dengar bunyi dentuman dua kali sebelum lihat pesawat terbakar - Saksi

Tue Nov 16 2021

"Letupan kuat dua kali sebelum ternampak api marak dalam kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth."

Demikian perkongsian Mastura Mohamad Nordin, 44, dari Kampung Benggali, Sungai Puyu, Butterworth yang melihat kejadian pesawat Hawk MK108 milik TUDM terhempas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan rasmi TUDM

Tue Nov 16 2021

PERKEMBANGAN SEMASA KEJADIAN PESAWAT HAWK TUDM pic.twitter.com/3z1bEIYg9q

— TUDM (@tudm_rasmi) November 16, 2021

Timbalan Panglima Tentera Udara ziarah mangsa

Tue Nov 16 2021

Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan hadir menziarahi mangsa nahas di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebentar tadi.

Beliau tiba di HSJ kira-kira jam 1.50 pagi dan meluangkan masa hampir 20 minit melawat mangsa Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan dalam kejadian lewat malam tadi.

Juruterbang cedera berada dalam keadaan stabil

Tue Nov 16 2021

Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat di dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam tadi, berpangkat Mejar dan Kapten.

Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang terkorban adalah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala yang cedera ialah Mejar Mohd Fareez Omar.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Seorang anggota maut, seorang lagi cedera nahas pesawat

Tue Nov 16 2021

Kronologi nahas pesawat TUDM sejak 1991

Tue Nov 16 2021

BERIKUT kronologi insiden melibatkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk yang terhempas dan mendarat cemas sejak 1991.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Azmin ucap takziah

Tue Nov 16 2021

Sedih dan dukacita dengan berita ini.

Salam takziah kepada keluarga anggota TUDM yg maut. Al Fatihah. Semoga seorang lagi yang cedera kembali pulih, insyaAllah. https://t.co/0t9TLDWZM2

— Mohamed Azmin Ali ?? (@AzminAli) November 16, 2021

Seorang juruterbang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Tue Nov 16 2021

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata TUDM telah diarahkan memberikan laporan lebih terperinci dengan segera selain menyiasat punca kejadian jam 10.07 malam itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan daripada TUDM

Tue Nov 16 2021

Hishammuddin ucap takziah

Tue Nov 16 2021

Takziah kepada keluarga anggota TUDM yg maut & seorang lagi yang cedera. Amat sedih & dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yg cedera telah dibawa untuk rawatan segera. @MINDEFMalaysia telah diarah utk salur apa jua keperluan kpd keluarga kedua-dua anggota terlibat.

— Hishammuddin Hussein ?? (@HishammuddinH2O) November 16, 2021

Hishammuddin terima makluman kejadian

Tue Nov 16 2021

Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jen TS Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi. Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian.

— Hishammuddin Hussein ?? (@HishammuddinH2O) November 16, 2021

Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pulau Pinang

Tue Nov 16 2021

Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini.

TUDM dalam satu kenyataan malam ini berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk pada jam 10.07 malam di kawasan landasan pangkalan berkenaan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

#Pesawat TUDM terhempas#pesawat Hawk 108#Pangkalan Udara Butterworth#Mohamad Affendi Bustamy
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.