awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor status ujian kendiri COVID-19 di MySejahtera - JPBN Sarawak

Afiezul Samit
Afiezul Samit
29/09/2021
13:57 MYT
Lapor status ujian kendiri COVID-19 di MySejahtera - JPBN Sarawak
JPBNS berkata, sekiranya keputusan ujian positif, mereka juga perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Bahagian.- Gambar hiasan
KUCHING : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menasihati individu yang membuat saringan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 untuk melaporkan keputusan dalam aplikasi MySejahtera dan menjalani kuarantin kendiri sekiranya positif.
JPBNS hari ini berkata, sekiranya keputusan ujian positif, mereka juga perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Bahagian.
"Mereka yang berada di bahagian Sibu boleh menghubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Tertutup Sibu," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
JPBNS dalam masa sama turut menasihatkan agar pekerja yang perlu menjalani saringan COVID-19 untuk melakukannya secara calitan RTK-Antigen.
"Sekiranya positif, mereka juga perlu merujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Bahagian dan CAC Sibu.
"Fasiliti kesihatan swasta turut dinasihati untuk menggunakan kaedah sama untuk saringan," tambahnya.
Sementara itu, Sarawak terus mencatat kes baru COVID-19 empat angka dengan 2,967 kes baharu hari ini menjadikan kes kumulatif meningkat sebanyak 207,137 kes.
Menurut JPBNS, daripada keseluruhan kes baharu, hanya 13 orang atau 0.44 peratus dikategorikan berada pada tahap 3,4 dan 5.
Sebanyak 99.56 peratus lagi adalah pesakit yang tidak memerlukan bantuan perubatan di mana 24.81 peratus tanpa gejala dan 74.76 peratus bergejala ringan.
Kuching terus menjadi penyumbang tertinggi dengan 759 kes, sementara terdapat tujuh daerah lain mencatatkan kes tiga angka.
Sarawak dalam masa sama turut mencatat 26 kes kematian baharu dari tempoh 19 sehingga 28 September.
Dalam pada itu, hanya satu kluster baharu diisytiharkan iaitu kluster Giam Kuching.
"147 penduduk di kawasan itu didapati positif COVID-19," kata JPBNS.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ujian kendiri
#Sarawak
#kes baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan