Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut, rakan cedera kereta langgar lembu di lebuh raya

https://www.sinarharian.com.my/article/792929/berita/semasa/lelaki-maut-rakan-cedera-kereta-langgar-lembu-di-lebuh-raya
Anggota bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas. -Foto Sinar Harian
Advertisement

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar seekor lembu sebelum terbabas di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba Dua, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.10 pagi.

Menurutnya, kemalangan berkenaan membabitkan dua lelaki berusia 37 tahun yang menaiki sebuah kereta Proton Satria.

"Kereta berkenaan dipercayai melanggar seekor lembu sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Mangsa yang tersepit dibawa keluar menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa yang maut merupakan pemandu kereta, manakala seorang lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, operasi menyelamat tamat kira-kira jam 4.30 pagi. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement