awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan Audit Negara: PAC akan panggil dua kementerian

Tan Su Lin
Tan Su Lin
21/11/2016
09:15 MYT
Laporan Audit Negara: PAC akan panggil dua kementerian
Menurut Hasan, Jabatan Audit Negara akan turut menjalankan audit susulan ke atas program 1BestariNet. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua kementerian ekoran Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata kedua kementerian berkenaan adalah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
"Dalam pembentangan kita telah kenal pasti beberapa kementerian yang harus dipanggil segera. Yang pertama, Kementerian Kesihatan berhubung pengurusan hospital, penyelenggaraan dan bekalan ubat dan kedua, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berhubung subsidi minyak sawit," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
MESTI BACA: 247 syor dikemuka dalam laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2
Dalam pada itu, katanya Jabatan Audit Negara akan menjalankan audit susulan ke atas program 1BestariNet.
"Pada mesyuarat PAC lalu telah bersetuju ekoran banyak rungutan daripada orang ramai dan guru berhubung 1BestariNet, PAC telah memutuskan supaya Jabatan Audit Negara melakukan audit susulan dan PAC akan buat lawatan ke atas sekolah-sekolah yang terpilih seperti sekolah bandar, sekolah luar bandar dan pendalaman selain Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bagi melihat sendiri rungutan yang diutarakan oleh guru-guru dan masyarakat terhadap program itu," katanya.
Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini sebanyak 247 syor dikemukakan bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat pembetulan dan penambahbaikan untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Topic Berkaitan
#Ambrin Buang
#Hasan Arifin
#Jabatan Audit Negara
#Laporan Ketua Audit Negara
#Pengerusi PAC
#Tahun 2015 Siri 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan