awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/05/2021
06:47 MYT
Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT
Laporan awal yang dikeluarkan APAD mendapati pengendali atau 'hostler' tren TR40 yang ketika itu tidak membawa penumpang, telah memandu tren tersebut secara lawan arah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Laporan awal nahas melibatkan dua buah tren transit aliran ringan (LRT) adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hasil siasatan awal oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Ujar beliau, pengendali atau 'hostler' tren TR40 yang ketika itu tidak membawa penumpang, telah memandu tren tersebut secara lawan arah.
"Tren ini telah mengalami masalah time-out dan berhenti semasa menghampiri platform stesen Kampung Baru, dan kegagalan TR40 adalah disebabkan oleh kegagalan tren untuk beroperasi secara automatik memandangkan Vehicle On Board Controller (VOBC) terhenti.
"Jadi kita terpaksa mengerahkan hostler untuk memandu tren tersebut, tetapi kesilapan atau kecuaian pemandu ini adalah bawa ke arah bertentangan.
"Lalu ia bertembung dengan tren (TR81) yang sedang membawa penumpang," katanya pada sidang media khas secara maya berhubung nahas dua LRT tersebut.
[TERKINI] Sidang media perkembangan insiden membabitkan dua LRT
BACA: LRT bertembung: Enam masih parah, 15 separa parah, 43 tidak kritikal - Annuar Musa
BACA: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC
Mengulas berkenaan kronologi kejadian, Ka Siong berkata pada jam 8.33 malam pada hari Isnin, 24 Mei 2021, sebuah tren (TR40) yang tidak membawa penumpang telah bertembung dengan tren lain (TR81) yang membawa seramai 213 penumpang sehingga mengakibatkan kecederaan.
"Pasukan penyelamat yang terbabit dalam operasi itu antara lain adalah pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai perubatan dari HKL dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang tiba di lokasi kejadian pada jam 8.50 malam.
"Kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dari tren yang terhenti di antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru pada lebih kurang jam 9.28 malam," katanya.
Setakat jam 7.55 pagi hari ini, seramai 21 mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Enam orang berada dalam keadaan kritikal manakala 15 lagi berada dalam keadaan separa kritikal.
Daripada 64 orang yang dikejarkan ke HKL, seramai 43 orang mangsa telah diberi rawatan pesakit luar.
Kemalangan | Tren LRT bertembung, penumpang cedera
Kemalangan LRT | Bomba selesai bawa keluar kesemua penumpang
Topic Berkaitan
#Wee Ka Siong
#nahas LRT
#LRT
#Nahas
#siasatan
#kemalangan LRT
#MOT
#LRT bertembung
#Menteri Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan