awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan cadangan perubahan gaji minimum akan dibentang ke Kabinet - Sim

Bernama
Bernama
01/08/2024
10:18 MYT
Laporan cadangan perubahan gaji minimum akan dibentang ke Kabinet - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menyampaikan ucapan pada Persidangan Sumber Manusia Wilayah Utara di Pusat Konvensyen Setia SPICE, hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Majlis Perundingan Gaji Negara sedang menyediakan laporan kepada Kabinet mengenai cadangan perubahan gaji minimum, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata majlis yang terdiri daripada wakil majikan, pekerja dan kerajaan itu telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu pada akhir Jun lepas.
"Gaji minimum sangat penting, saya telah melihat data, statistik dan penyelidikan. Kita bercakap tentang pekerja yang berada dalam 10 peringkat paling bawah (yang menerima gaji rendah) sekurang-kurangnya telah mengalami pertumbuhan gaji yang positif hingga 60 peratus dalam 10 tahun lepas kerana dasar gaji minimum," katanya.
Sim berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Sumber Manusia Wilayah Utara 2024 di Pusat Konvensyen Setia SPICE di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya percaya kenaikan gaji tidak seharusnya melalui peruntukan undang-undang semata-mata meskipun mekanisme gaji minimum telah menunjukkan kesan positif.
Justeru, Sim berkata kerajaan telah merintis Dasar Gaji Progresif bermula Jun lepas dengan kerajaan memberikan insentif kepada majikan untuk membayar gaji pekerja mereka lebih tinggi.
"Pekerja yang mengambil bahagian dalam program ini pula perlu menjalani latihan kemahiran selama 21 jam kerana kami mahu memastikan gaji yang lebih tinggi sepadan dengan kemahiran terkini untuk meningkatkan produktiviti," katanya.
Beliau berkata setakat ini, kira-kira 430 syarikat telah mendaftar projek rintis itu yang memanfaatkan 1,200 pekerja.
Projek rintis itu dijalankan menjelang pelaksanaan penuh Dasar Gaji Progresif yang bertujuan menaikkan gaji dan mencapai agihan pendapatan lebih seimbang untuk mereformasi pasaran buruh dan meningkatkan pendapatan pekerja sejajar dengan peningkatan produktiviti.
Sebelum ini, Sim dilapor berkata kerajaan akan mengkaji semula gaji minimum dengan kali terakhir ia disemak pada Mei 2022 dengan kenaikan daripada RM1,200 kepada RM1,500.
Persidangan Sumber Manusia Wilayah Utara 2024 menghimpunkan profesional dan pakar industri bertujuan berkongsi pengetahuan dan strategi praktikal bagi meningkatkan amalan sumber manusia dalam organisasi dengan tumpuan kepada membina tenaga kerja berdaya tahan serta mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Perundingan Gaji Negara
#gaji minimum
#Steven Sim
#dibentang ke Kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan