POSITIF HIV bukan bermaksud putus harapan… bukan juga pengakhiran hidup bagi golongan itu.
Mereka mungkin pernah terkhilaf dalam mengatur langkah, namun mereka juga layak untuk diberi peluang kedua.
Menurut laporan, kes jangkitan HIV tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah pada 2002 iaitu sebanyak 6,978 kes.
Bagaimanapun, peratusan tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 50 peratus pada akhir 2020.
Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), jangkitan HIV dalam kalangan penagih dadah menurun dari 74.2 peratus (5,176 kes) pada 2002 kepada 4.6 peratus (164 kes) pada 2019.
Sejak virus itu pertama kali dikesan di dunia pada 1980-an, sehingga kini masih tiada rawatan yang boleh menghapuskan HIV secara keseluruhan.
Sempena Hari Antidadah Antarabangsa yang disambut pada 26 Jun, ini kisah harapan kedua pesakit HIV di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serendah, Selangor.
Man (bukan nama sebenar) yang berusia 34 tahun pernah menjadi hamba dadah.
Episod hitam bagi pemuda berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan ini bermula pada 2002.
Bermula dengan suka-suka, akhirnya menjadi 'hamba'.
Man mendakwa kesukaran mendapatkan jarum suntikan kerana lokasi kampung terletak jauh dari pekan menjadi alasan dia berkongsi jarum dengan penagih lain.
"Pada masa itu jarum memang susah nak dapatlah, kalau ada yang keluar ke bandar baru bawa balik jarum.
"(Tetapi), bila kita sudah ketagihan (berkongsi) jarum dah tak fikir asalkan boleh (suntik dadah) walaupun tahu kawan ada HIV," katanya ketika ditemui Astro AWANI di PUSPEN Serendah, baru-baru ini.
Selama 10 tahun berkongsi jarum suntikan dan 'keluar masuk' penjara, Man masih terselamat.
Namun, pada 2012 dia disahkan positif virus pembunuh itu selepas membuat ujian di sebuah klinik kerajaan.
Minda liar si penagih ini sekali lagi disentap selepas kawan berkongsi jarumnya menemui ajal pada 2015 angkara HIV.
"Rasa macam hidun ini sudah tiada apa-apa... tetapi, saya terima sebab sudah tahu risiko (jangkitan HIV sebab berkongsi jarum)," luah Man.
Berkongsi lebih lanjut, Man berkata, selama lapan tahun dia menyimpan rahsia itu daripada ahli keluarganya dan sepanjang tempoh tersebut juga tiada sebarang rawatan HIV dilakukan.
"Saya tak pernah berkongsi dengan keluarga sehinggalah awal tahun lepas, 2020 apabila saya dekat Penjara Sungai Udang (Melaka), keluarga saya datang dan masa itu saya beritahu emak saya yang saya menghidap HIV.
"Ketika itu, emak menangis apabila tahu saya ada HIV....," katanya.
Di sebalik ketagihan dadah, jauh di sudut hati si anak ini masih memikirkan perasaan ibu bapanya kerana itu dia memilih untuk menyimpan rahsia itu daripada pengetahuan keluarga.
"Sebenarnya saya tak nak beritahu orang tua sebab tak nak bagi orang tua terasa hati atau kecewa dengan saya sebab itu saya simpan lama-lama.
"Tetapi saya tengok kasih sayang emak dan keluarga, saya berterus terang dengan mereka... Biar mereka boleh terima," tambahnya.
HIV akibat seks rambang
Berbeza pula dengan kisah Mahhad (bukan nama sebenar).
Pemuda berusia 27 tahun ini dijangkiti HIV kerana seks rambang yang mula dilakukannya sejak berusia 18 tahun.
Bagaimanapun, dua tahun lalu dia mula terjebak dengan dadah.
Anak bongsu daripada enam beradik ini hanya tahu dia dijangkiti HIV selepas melakukan ujian saringan di PUSPEN Jelebu, Negeri Sembilan sekitar enam bulan lalu.
Pada asalnya bekas agen hartanah ini ke PUSPEN secara sukarela untuk merawat ketagihan dadah sebelum dipindahkan ke PUSPEN Serendah.
"Memang saya pasti benda ini (HIV) datang akibat daripada pergaulan bebas. Dari segi (aktiviti) seksual memang saya mula pada usia 18 tahun. Saya memang aktif dalam bidang itu.
"Cuma saya tak yakin yang perkongsian jarum (punca HIV) sebab saya tidak berkongsi jarum," kata pemuda berasal dari Kelantan itu.
Tambah Mahhad, rutin hariannya mula terjejas susulan imun badan yang semakin merosot.
Namun, paling dibimbangi oleh graduan dalam bidang pengurusan hartanah ini ialah penerimaan keluarga serta kehidupannya di hari mendatang.
"Jadi, bila masuk sini (PUSPEN Serendah) dapat hubungi keluarga dan mereka memberi sokongan moral di luar jangkaan saya.
"Dari situ, (saya pegang prinsip) pesakit HIV buat apa nak menyerah sekarang, esok lusa ada banyak benda lagi boleh buat saya gembira terutamanya dengan keluarga... tak perlu nak mengalah hari ini," katanya.
Ditanya mengenai stigma masyarakat, Mahhad mengakui, mungkin berdepan dengan perkara itu.
Namun, dia sedar semua itu disebabkan oleh kesilapannya.
"Saya dah tahu kesan dan akibatnya atas kesalahan saya sendiri. Jadi, bila saya mendapat sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan di sini juga supporting, benda itu (stigma) tak ada.
"Kami di sini boleh cuba benda baharu seperti masuk bengkel jahit, berkebun dan sebagainya," katanya yang merancang untuk menyambung pelajaran dalam bidang psikologi.
Man dan Mahhad antara 29 pesakit HIV yang menghuni PUSPEN Serendah.
Mereka terus berjuang untuk peluang kedua walaupun dijangkiti HIV.
Mungkin ratusan atau ribuan pesakit HIV masih menanti sokongan dan mengharapkan sinar baharu dalam hidup mereka.
Penghidap HIV yang patuh pada rawatan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Menyedari pelbagai cabaran yang perlu dihadapi penagih dadah, Agensi Antidadah Antarabangsa (AADK) melalui Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan (BRPP) mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai pendekatan.
Di PUSPEN, para klien diberikan rawatan dan pemulihan terhadap masalah penagihan dadah dan rawatan HIV termasuk dari segi psikososial, rawatan perubatan dan latihan kemahiran dan kerjaya serta pendekatan kerohanian dan keagamaan.
Laporan khas "Peluang Kedua Pesakit HIV" akan disiarkan di AWANI 7.45 (saluran 501) malam ini.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 26 2021
Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad ketika menemubual salah seorang pesakit HIV yang menghuni PUSPEN Serendah, baru-baru ini - Gambar Astro AWANI
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Pesakit HIV sembuh dengan pemindahan sumsum tulang
Pesakit HIV yang tidak didedahkan identitinya itu dirawat untuk leukaemia di Dusseldorf.
'Rasakan ciuman maut terakhir', pesakit HIV ludah jururawat
Seorang pesakit HIV dikatakan meludah kepada jururawat bertugas di sebuah Hospital di Alabama, Amerika Syarikat baru-baru ini.