KUALA LUMPUR: Dakwaan laporan media Israel berhubung seorang lelaki warga negara itu yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu adalah untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.
"Malah, ia mungkin boleh dianggap sebagai alasan propaganda untuk mengalihkan sebab utama suspek berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Razarudin berkata, siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjurus semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini.
"Kita masih meneliti dan menyiasat motif sebenar suspek masuk ke negara ini serta dia mendapatkan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru dan faktor-faktor lain yang mungkin berkait dengan isu yang berlaku membabitkan Palestin dan Israel.
"Kita juga sedang meneliti pergerakan suspek sebelum dia diberkas, siapa orang hubungannya termasuk melihat latar belakang dirinya dengan bantuan dan maklumat perisikan kita," katanya.
Razarudin berkata, PDRM pada masa ini sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bukti dan fakta yang ada selain mendapatkan maklumat tambahan yang diperoleh daripada siasatan yang sedang dijalankan.
"Beri kita ruang, melengkapkan siasatan sebelum saya dapat berkongsikan maklumat terbaru kepada umum esok (Isnin)," katanya.
Tambah beliau, PDRM tetap sentiasa siap-siaga dalam mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam termasuk keselamatan orang-orang berkepentingan.
Pada Jumaat, Razarudin dilaporkan berkata, polis merampas enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru susulan penahanan suspek warga Israel itu.
Turut dijumpai, dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Melalui soal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.
Pada Sabtu, media melaporkan sepasang suami isteri diberkas polis pada Jumaat dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada suspek.
Dua suspek masing-masing berumur 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada jam 7.15 malam.
Polis turut menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz di kediaman mereka yang terletak di Kuala Selangor.
Polis sebelum ini turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Suspek lelaki Israel dikawal ketat 24 jam
PDRM memperketatkan kawalan terhadap suspek lelaki warga Israel bagi mengelakkan sebarang kejadian di luar kawalan.
'Laporan media Israel mungkin alasan propaganda alih perhatian' - PDRM
Dakwaan media Israel itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.