KUALA LUMPUR: Dakwaan laporan media Israel berhubung seorang lelaki warga negara itu yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu adalah untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.
"Malah, ia mungkin boleh dianggap sebagai alasan propaganda untuk mengalihkan sebab utama suspek berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Razarudin berkata, siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjurus semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini.
"Kita masih meneliti dan menyiasat motif sebenar suspek masuk ke negara ini serta dia mendapatkan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru dan faktor-faktor lain yang mungkin berkait dengan isu yang berlaku membabitkan Palestin dan Israel.
"Kita juga sedang meneliti pergerakan suspek sebelum dia diberkas, siapa orang hubungannya termasuk melihat latar belakang dirinya dengan bantuan dan maklumat perisikan kita," katanya.
Razarudin berkata, PDRM pada masa ini sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bukti dan fakta yang ada selain mendapatkan maklumat tambahan yang diperoleh daripada siasatan yang sedang dijalankan.
"Beri kita ruang, melengkapkan siasatan sebelum saya dapat berkongsikan maklumat terbaru kepada umum esok (Isnin)," katanya.
Tambah beliau, PDRM tetap sentiasa siap-siaga dalam mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam termasuk keselamatan orang-orang berkepentingan.
Pada Jumaat, Razarudin dilaporkan berkata, polis merampas enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru susulan penahanan suspek warga Israel itu.
Turut dijumpai, dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Melalui soal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.
Pada Sabtu, media melaporkan sepasang suami isteri diberkas polis pada Jumaat dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada suspek.
Dua suspek masing-masing berumur 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada jam 7.15 malam.
Polis turut menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz di kediaman mereka yang terletak di Kuala Selangor.
Polis sebelum ini turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas ketelanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
AWANI 7:45 [04/05/2024] – Warisi banyak hutang | Terhempas di kawasan ladang | Keadaan cuaca tidak menentu | Pergaduhan dua kumpulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Suspek lelaki Israel dikawal ketat 24 jam
PDRM memperketatkan kawalan terhadap suspek lelaki warga Israel bagi mengelakkan sebarang kejadian di luar kawalan.
'Laporan media Israel mungkin alasan propaganda alih perhatian' - PDRM
Dakwaan media Israel itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.