Walaupun hasil laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung peratusan kemiskinan Malaysia masih menjadi pertikaian ramai, namun masih boleh dijadikan kayu pengukur dalam usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangka program-program bagi mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata laporan itu perlu dilihat secara positif kerana jika benar kemiskinan berada pada tahap tinggi, kementerian perlu menggandakan usaha bagi memastikan kaedah atau pendekatan lebih jitu diambil untuk membela golongan berkenaan.
"Tetapi jika dalam kadar kemiskinan lebih rendah, ia juga baik sebab kita tidak perlu memperuntukkan kewangan yang banyak untuk kategori tersebut," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kayuhan Wanita 2019 Semarak Dasar Komuniti Negara di sini pada Rabu.
Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston baru-baru ini dilaporkan berkata kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 tidak realistik, kerana penanda arasnya yang rendah, dan sebaliknya kata beliau kadar kemiskinan yang sebenar di Malaysia adalah lebih tinggi, menjangkau 15 peratus.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bagaimanapun menolak laporan itu dan mempertahankan kadar kemiskinan yang direkodkan kerana menurutnya Malaysia mengguna pakai standard berdasarkan Canberra Group Handbook on Household Income Statistic, Edisi Kedua (2011) yang diterbitkan PBB untuk mengukur kadar kemiskinan negara.
Zuraida berkata beliau juga bersetuju sekiranya kerajaan berhasrat mengkaji laporan PBB itu untuk dibuat perbandingan.
"Pihak berkenaan harus duduk, kaji semula kedua-dua laporan bagi melihat persamaan yang ada dan dari situ baru boleh tahu peratusan sebenar kadar kemiskinan di Malaysia," katanya.
Mengenai program Kayuhan Wanita yang mengangkat penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin sebagai Ikon Selebriti Kayuhan Wanita, Zuraida berkata ia program pertama di bawah Dasar Komuniti Negara yang menjadikan aktiviti sukan sebagai wadah mewujudkan persekitaran berkualiti dan memperkasa aktiviti komuniti.
Program pada 26 Oktober ini di Monumen Alaf Baru, Putrajaya menyasarkan penyertaan seramai 3,000 peserta untuk berkayuh sejauh 20 kilometer, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019
Zuraida dan Siti Nurhaliza bergambar bersama peserta kayuhan pada pelancaran Program Kayuhan Wanita 2019 di Putrajaya, 28 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.