awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2020
12:30 MYT
Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini
Laporan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda akan diputuskan kerajaan pada pertengahan Oktober ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini, pihaknya dalam proses membentangkan kajian dan laporan tersebut kepada Jemaah Menteri.
"Tujuan penubuhan pasukan petugas khas ini adalah untuk menangani beberapa isu khususnya berkaitan dengan pelaksanaan kertas putih yang dibentangkan pada Mei tahun lalu.
"Jadi kita sedia maklum bahawa Felda ini memerlukan satu kaedah dan model baharu untuk kelestarian. Sebelum ini hasil Felda banyak daripada kelapa sawit dan getah. Kita mahu mempelbagaikan lagi," katanya selepas sesi taklimat dan dialog bersama peneroka di Felda Sahabat, di sini pada Sabtu.
Selain itu, sejumlah RM20 juta diperuntukkan kementeriannya bagi membaik pulih prasarana di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu.
Pertama katanya, RM10 juta peruntukan untuk membeli set generator yang baharu memandangkan selama ini kawasan itu menyewa daripada syarikat swasta.
"Kedua, RM10 juta untuk membina tadahan air untuk bekalan air bersih serta membaiki beberapa cerun di kawasan ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapa Mohamed
#felda sahabat
#Kertas Putih Felda
#Lahad Datu
#Laporan petugas khas Felda
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan