awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan polis terhadap kebocoran maklumat sulit Kerajaan, KPDNHEP

Kenyataan Media
Kenyataan Media
25/11/2021
11:03 MYT
Laporan polis terhadap kebocoran maklumat sulit Kerajaan, KPDNHEP
Izzat Zabir, peguam yang mewakili Strategik Transforms Sdn Bhd (STSB) menerangkan perinci laporan polis yang dibuat berkenaan kes salah laku yang melibatkan syarikat tersebut baru-baru ini kepada kakitangan STSB. - Sumber foto Izzat Zabir
SEORANG ahli perniagaan mendakwa teraniaya selepas maklumat sulit permohonan bagi membuka stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan telah dibocorkan oleh pegawai di sebuah kementerian kepada pihak ketiga.
Lebih mengejutkan lagi, permohonan yang dibuat melalui sistem secara dalam talian iaitu “Bless 2.0” terus melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertarikh 31 Mei 2021, telah tiba-tiba ditarik balik daripada sistem pada 9 Julai 2021 tanpa pengetahuan pemohon.
Pengarah Strategik Transforms Sdn Bhd (STSB), Nur Ahlina Abdul Aziz, berkata kebocoran maklumat itu diketahui selepas peguam syarikat pihak ketiga mengaku bahawa mereka telah dimaklumkan KPDNHEP tentang permohonan pembukaan stesen minyak baru berkenaan.
“Saya hairan, bagaimana maklumat permohohan bagi membuka stesen minyak di Lot 34050 di KM 271.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Labu, Negeri Sembilan yang sepatutnya maklumat sulit antara pemohon dan kerajaan, boleh diketahui pihak ketiga. Saya berharap, pihak berkuasa menyiasat kebocoran maklumat ini kerana ia boleh menjadi ancaman kepada peniaga lain serta industri petroleum negara,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
“Saya berharap, pihak berkuasa menyiasat kebocoran maklumat ini kerana ia boleh menjadi ancaman kepada peniaga lain serta industri petroleum negara,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat ke atas salah laku terhadap pihak agensi kerajaan tersebut, pegawai-pegawai mereka serta syarikat pembekal minyak petrol yang berkaitan di Balai Polis Nilai pada 17 November lalu.
Katanya, berikutan kebocoran maklumat itu, laporan juga telah dibuat buat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) terhadap pihak berkenaan.
Pada waktu dan balai yang sama, satu lagi laporan polis dibuat oleh seorang pengarah syarikat pemegang francais salah satu pembekal minyak petrol, Ismail Holdings Sdn Bhd (IHSB), terhadap syarikat minyak itu berhubung isu penamatan kontrak dan penutupan sementara stesen minyak di lokasi sama, pada 22 Januari 2021.
Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Abdur Rahman, berkata penamatan kontrak stesen minyak IHSB telah diberitahu melalui surat kepadanya 26 Januari 2021, menyebabkan syarikat terpaksa memohon penutupan sementara kepada KPDNHEP.
Beliau berkata, sebaliknya wakil syarikat pembekal minyak petrol tersebut melalui seorang pengurusnya telah menghantar surat kepada KPDNHEP memberitahu bahawa mereka tidak ada pengetahuan mengenai penutupan stesen minyak berkenaan menyebabkan IHSB telah didakwa di mahkamah. Pada masa yang sama, pihak IHSB telah berkali-kali memohon penutupan, kerana adalah mustahil untuk terus beroperasi apabila kontrak telah ditamatkan.
Sehubungan itu, Datuk Seri Ismail membuat laporan polis kerana mengesyaki ada berlaku penipuan oleh pihak berkenaan sehingga syarikatnya menjadi mangsa tindakan undang-undang daripada pihak kerajaan kerana menutup operasi tanpa kebenaran.
“Saya berharap kes ini disiasat dengan adil, kerana ada kemungkinan terdapat penipuan dan penyelewengan, serta konspirasi berniat jahat untuk menjatuhkan peniagaan saya. Saya juga khuatir rakan-rakan perniaga minyak petrol yang lain mungkin mengalami penindasan dan masalah yang sama dengan pihak-pihak syarikat pembekal serta pihak KPDNHEP tersebut.
Mereka mungkin takut bersuara oleh kerana risau kesan pada perniagaan mereka serta tidak mampu melawan syarikat pembekal minyak yang besar.”
“Saya berharap agar tindakan tegas boleh diambil terhadap pihak berkenaan seterusnya melindungi orang lain daripada menjadi mangsa seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan bersama STSB dan IHSB di Kuala Lumpur, hari ini.
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#Lebuh Raya Utara Selatan
#stesen minyak
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan