awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP

Bernama
Bernama
07/11/2013
01:58 MYT
Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP
Seorang anggota parlimen mencadangkan agar laporan siasatan jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menyiasat kes salah laku penjawat awam dalam mengurus wang negara seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, didedah kepada umum apabila siap kelak.
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
"Saya menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap mereka terlibat dan tiada kemaafan harus diberi penjawat yang berbuat demikian yang boleh dianggap pengkhianatan kepada rakyat," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini Rabu.
Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam.
Membahaskan rang undang-undang sama, William @ Nyallau Anak Badak (BN-Lubok Antu) pula membangkitkan isu pelancongan dengan mencadangkan agar usaha meningkatkan sektor pelancongan di Sarawak dipergiat sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan disaran mengadakan program khas membantu penduduk rumah panjang untuk mengendalikan inap desa.
Katanya program itu bukan sahaja dapat menjadi satu tarikan pelancong untuk mengenali budaya masyarakat setempat dengan lebih dekat tetapi juga mampu membantu penduduk kampung menjana pendapatan yang lebih baik.
Beliau turut mencadangkan supaya Taman Negara Batang Ai di Lubok Antu dibangunkan dengan membina lebih banyak kemudahan rekreasi dan infrastruktur memandangkan kawasan itu merupakan habitat orang utan dan mampu menarik pelancong.
Bersetuju dengan pandangan William, Masir Anak Kujat (BN-Sri Aman) pula mencadangkan kepada kerajaan supaya Pesta Gawai Dayak atau Pesta Menuai Padi di negeri itu dipromosi secara besar-besaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Persidangan bersambung Khamis.
Topic Berkaitan
#Bajet 2014
#Dewan Rakyat
#Laporan Ketua Audit Negara 2012
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan