awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah akan dibentang ke Kabinet - Anwar

Bernama
Bernama
01/12/2025
15:15 MYT
Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah akan dibentang ke Kabinet - Anwar
Anwar menerima kunjungan hormat JKmR yang diketuai Pengerusinya Datuk Mohd Shahar Abdullah dan mendengar pembentangan laporan tahunan mereka buat kali pertama. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKmR) akan dibentangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri, di samping dibincangkan secara mendalam bersama pengurusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Laporan Tahunan JKmR akan dibentangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri dan dibincangkan bersama pengurusan SPRM, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
  • Laporan merangkumi penelitian terhadap Laporan Tahunan SPRM 2021-2024, untuk mengenal pasti trend dan cabaran pencegahan rasuah.
  • Anwar menegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap ketelusan dan integriti serta memastikan usaha membanteras rasuah keutamaan tertinggi.

Beliau berkata laporan itu merangkumi penelitian serta pemeriksaan JKmR terhadap Laporan Tahunan SPRM bagi 2021 hingga 2024, untuk jawatankuasa itu mengenal pasti trend dan perkembangan semasa terkait usaha pencegahan rasuah dan cabaran dihadapi SPRM.
"Setiap syor dan dapatan dalam laporan ini akan diteliti dengan serius agar reformasi institusi terus diperkukuh, ketirisan dibendung, dan keyakinan rakyat diperteguh.
"Komitmen Kerajaan MADANI terhadap ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik tidak pernah berganjak. Insya-Allah, kita akan memastikan usaha membina negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi terus menjadi keutamaan tertinggi," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat jawatankuasa itu yang diketuai Pengerusinya Datuk Mohd Shahar Abdullah dan mendengar pembentangan laporan tahunan mereka buat kali pertama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#SPRM
#reformasi institusi
#kunjungan hormat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan