NATIONAL
Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok

Khairuddin berkata, beliau juga telah membuat laporan kepada PDRM dan sudah memberi kenyataan kepada pegawai penyiasat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM esok mengenai dakwaan salah laku bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
- Khairuddin juga telah membuat laporan kepada PDRM dan sudah memberi kenyataan kepada pegawai penyiasat.
- Khairuddin mendakwa Tan Sri Apandi Ali menyalahgunakan kuasa untuk menutup skandal 1MDB, menyebabkan kerajaan dan rakyat menanggung hutang RM35 bilion, dan beliau beriltizam memerangi jenayah tersebut.
"Saya juga sudah membuat laporan kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) Ahad lalu serta dirakamkan kenyataan oleh pegawai penyiasat PDRM pada hari sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Khairuddin mendakwa, salah laku bekas Peguam Negara itu tidak boleh dipandang 'remeh' kerana menyalahgunakan kuasa pada waktu itu untuk bersubahat dan seterusnya cuba menutup skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dakwanya, disebabkan skandal itu, kerajaan dan rakyat terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah RM35 bilion.
"Sekali lagi saya beriltizam untuk memerangi salah laku dan jenayah 'kolar putih' yang dilakukan oleh Tan Sri Apandi Ali secara habis-habisan.
"Pada hemat peribadi saya, Tan Sri Apandi Ali harus didakwa kerana menyalahgunakan kuasa dan tidak berkhidmat secara profesional serta amanah ketika beliau menjawat jawatan Peguam Negara," dakwanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami