Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar laporan terbaharu yang dikeluarkan Wall Street Journal (WSJ).
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu mendakwa tindakan berkenaan sengaja dibuat malah mengesahkan agenda penentangan Malaysia yang diperjuangkan akhbar berkenaan.
"WSJ terus dengan sengaja mengabaikan fakta sahih, sambil mendakwa laporannya berkaitan Malaysia tidak pernah dipersoalkan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Abdul Rahman menegaskan isu 1MDB dan derma kepada Perdana Menteri tiada sebarang kaitan dan ini telah disahkan pelbagai pihak berkuasa Malaysia termasuk Peguam Negara.
"WSJ memilih untuk tidak menghiraukan semua fakta ini, dan terus mengemukakan apa yang disebut sebagai bukti untuk menyokong tuduhan liar mereka.
"Semuanya berpunca daripada penentang Perdana Menteri menerusi Kempen Anti-Najib, yang hanya mengutamakan kepentingan politik mereka tanpa menghiraukan kesannya terhadap Malaysia," tegasnya.
Tuduhan berulang tidak berasas dan tanpa bukti ini bertujuan memburukkan Malaysia dan pembangunan ekonominya dengan menggunakan fakta yang tidak sahih.
Kerajaan tegasnya lagi tidak akan berdiam diri dan akan tetap meneruskan usaha memantapkan ekonomi negara.
Astro Awani
Wed Feb 24 2016
RAHMAN: WSJ terus dengan sengaja mengabaikan fakta sahih. - Foto Fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.