awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporkan pendapatan tahun taksiran 2021 sebelum 15 Mei, elak penalti - LHDN

Bernama
Bernama
11/05/2022
05:00 MYT
Laporkan pendapatan tahun taksiran 2021 sebelum 15 Mei, elak penalti - LHDN
Tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 adalah pada 15 Mei.
KUALA LUMPUR: Pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan diingatkan supaya segera melaporkan pendapatan mereka yang layak dikenakan cukai bagi Tahun Taksiran 2021 selewat-lewatnya pada 15 Mei ini melalui e-Filing.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui kenyataan hari ini memaklumkan ia bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan.
LHDN memberitahu tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) bagi kategori pembayaran cukai individu pemastautin (Borang BE), individu pemastautin berkepakaran (BT), individu bukan pemastautin (M), individu bukan pemastautin berkepakaran (MT), pertubuhan (TF), harta pusaka (TP) dan keluarga sekutu Hindu (TJ) adalah pada 15 Mei.
"Pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi 2022 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf bagi bahasa Melayu danhttps://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf untuk bahasa Inggeris," menurut LHDN.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara itu boleh dikemukakan melalui Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 bagi luar negara, Live Chat dan Borang Maklum Balas menerusi portal rasmi LHDNM.
Kenyataan itu juga memaklumkan lebih 2.58 juta Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 telah diterima daripada kategori pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan melibatkan sebanyak 96 peratus atau sekitar 2.48 juta borang yang diterima adalah melalui kaedah e-Filing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#pendapatan
#pembayar cukai
#penalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan