awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan eksport tenaga boleh diperbaharui dimansuhkan - Rafizi

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2023
07:59 MYT
Larangan eksport tenaga boleh diperbaharui dimansuhkan - Rafizi
Rafizi turut mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta untuk mengurangkan bil elektrik di bangunan kerajaan melalui penggunaan tenaga solar. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan larangan terhadap eksport tenaga boleh diperbaharui, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata, keputusan untuk memansuhkan larangan itu dibuat secara bersama antara Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai sebahagian usaha menambah baik dasar negara mengenai ekonomi hijau.
“Keputusan memansuhkan larangan eksport tenaga boleh baharu rentas sempadan akan memberikan manfaat kepada syarikat di Malaysia yang menjalankan perniagaan tenaga boleh baharu,” katanya pada sidang media bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Larangan eksport tenaga boleh diperbaharui dilaksanakan pada Oktober 2021 bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam sidang media itu juga, Rafizi turut mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta untuk mengurangkan bil elektrik di bangunan kerajaan melalui penggunaan tenaga solar.
“RM50 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf dan mengubah suai bangunan kerajaan dalam tahun ini,” katanya lagi.
Mereka menambah bahawa kapasiti tenaga boleh diperbaharui dalam sistem bekalan elektrik dijangka mencapai kira-kira 70 peratus menjelang 2050.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#Tenaga Boleh Diperbaharui
#larangan eksport mansuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan