Penguatkuasaan larangan penggunaan straw minuman plastik berkuat kuasa 1 Jan 2020 ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan yang merupakan pemegang lesen dan bukan orang ramai.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Jan 2019.
"Pada masa yang sama, straw yang bukan daripada jenis plastik konvensional akan turut disediakan sebagai alternatif," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Kempen-kempen kesedaran berhubung kesan negatif penggunaan straw plastik konvensional ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019 sehingga larangan itu berkuat kuasa, katanya.
Adnan berkata pihaknya juga akan mengecualikan sebarang tindakan kepada golongan kurang upaya dan pesakit yang memerlukan straw dan bahan-bahan plastik dalam kehidupan harian mereka.
Sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional, katanya, straw daripada bahan-bahan biodegradasi ataupun kertas boleh digunakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 21 2018

Kempen-kempen kesedaran berhubung kesan negatif penggunaan straw plastik konvensional ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019 sehingga larangan itu berkuat kuasa. -Gambar fail
#AWANIRingkas 25 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Mac 2025
1️⃣ Perkembangan banjir di Johor
2️⃣ PDRM komited pastikan keselamatan negara terpelihara
3️⃣ Pendapatan BYD kini lebihi Tesla
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Johor
2️⃣ PDRM komited pastikan keselamatan negara terpelihara
3️⃣ Pendapatan BYD kini lebihi Tesla
#awaniringkas

Pegawai pentadbiran Trump tersilap dedah rancangan perang AS
Seorang pegawai kanan pentadbiran Trump secara tidak sengaja membocorkan rancangan serangan ke atas Houthi dalam kumpulan pemesejan Signal, yang turut disertai seorang wartawan.
Serangan Udara Israel di Hospital Nasser, Lima Terbunuh Termasuk Pemimpin Hamas
AMARAN VIDEO INI MUNGKIN MEMBABITKAN VISUAL YANG BERBAHAYA DAN MENGERIKAN.
Rakaman dari Al Jazeera menunjukkan saat serangan udara Israel di hospital Nasser di Gaza pada Ahad yang membunuh lima orang, termasuk seorang pemimpin politik Hamas dan pakar perubatan Palestin.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan itu mengenai bahagian pembedahan di Hospital Nasser di Khan Younis.
Hamas berkata seorang anggota pejabat politiknya, Ismail Barhoum terbunuh.
#AWANInews
Rakaman dari Al Jazeera menunjukkan saat serangan udara Israel di hospital Nasser di Gaza pada Ahad yang membunuh lima orang, termasuk seorang pemimpin politik Hamas dan pakar perubatan Palestin.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan itu mengenai bahagian pembedahan di Hospital Nasser di Khan Younis.
Hamas berkata seorang anggota pejabat politiknya, Ismail Barhoum terbunuh.
#AWANInews
Pertumbuhan pelancongan domestik: Mampan atau sementara? - Datuk Azlie Halim
Datuk Azlie Halim, Prof Adjung UMK & Timbalan Presiden MiTDA, membincangkan isu-isu kritikal mengenai pertumbuhan pelancongan domestik di Malaysia dan strategi jangka panjang untuk mengekalkan momentum ini.

MPL Malaysia kembali 19 April dengan dua fasa playoff
Perlawanan playoff musim 15 menyaksikan fasa satu berlangsung pada 30 dan 31 Mei manakala fasa dua pada 14 dan 15 Jun.
AWANI Pagi: Risiko microsleep ketika perjalanan di musim perayaan
Ketahui punca dan risiko serta jalan penyelesaian untuk atasi keletihan dan microsleep semasa perjalanan musim perayaan ini bersama Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Madya Dr. Ts. Siti Zaharah Ishak.

Hari Polis ke-218: PDRM kekal teguh depani evolusi demi keselamatan negara
PDRM terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman negara terpelihara meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Prestasi S&P 500: Sehingga 25 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Lonjakan S&P 500: Kesan tariff AS dan optimisme pasaran
S&P 500 melonjak ke paras tertinggi dalam dua minggu, dipacu oleh saham NVIDIA dan Tesla serta pendekatan tarif yang lebih berhati-hati oleh pentadbiran Trump.
Amerika Syarikat berisiko gagal bayar hutang seawal Julai
Laporan terbaru oleh penganalisis memberi amaran bahawa kerajaan AS mungkin berdepan risiko gagal membayar hutang seawal Julai jika had pinjaman tidak dinaikkan. Ketidaktentuan ini boleh memberi kesan besar kepada pasaran kewangan global dan penarafan kredit negara.

Larangan guna straw hanya untuk peniaga, pengusaha kedai makan
Larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Jan 2019.

Ops BAH: Perjudian haram di pusat hiburan berjaya ditumpaskan
Aktiviti perjudian yang dilakukan di pusat hiburan akhirnya terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa pada Sabtu pagi.

Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh
Satu jawatankuasa khas bagi menyelaras dan mengurus operasi pusat khidmat sementara gelandangan bakal ditubuhkan minggu depan.