Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Singapura berhubung perintah negara itu yang melarang kenderaan asing yang memiliki denda atau saman tertunggak memasuki Singapura bermula April ini.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya meminta dan menasihatkan mana-mana pihak pada masa ini agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memberikan persepsi negatif kepada hubungan Malaysia-Singapura.
"Kita difahamkan bermula 1 April, larangan tersebut dikeluarkan dan saya rasa kita perlu ada perbincangan lanjut lagi.
"Kita ada kaedah tersendiri untuk berunding mengenai hal ini dengan pihak Singapura dengan perbincangannya akan dibuat serentak dalam mesyuarat bilateral dengan republik itu nanti, " katanya kepada pemberita selepas majlis serahan Borang Keahlian Parti Bersatu Penduduk Bandar Cassia, Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.
Marzuki mengulas kenyataan anggota Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse semalam yang menegaskan Malaysia juga berhak membuat peraturan sama.
BACA: Singapura mungkin tidak benarkan masuk kenderaan asing mempunyai denda belum dijelaskan mulai 1 April
Mengulas lanjut Marzuki berkata sebarang tindakan berhubung cadangan dan langkah berkenaan adalah bergantung kepada keputusan daripada kerajaan Pusat.
"Exco berhak untuk mengeluarkan kenyataan tetapi ia bergantung kepada keputusan kerajaan Pusat. Dalam situasi sekarang hubungan antara Malaysia dan Singapura adalah baik maka kita tidak mahu berlaku perselisihan pandangan kerana apa juga soal bilateral adalah datang melalui Wisma Putra," katanya.
Semalam, Singapura dalam satu kenyataan mengumumkan kemungkinan tidak membenarkan kenderaan asing yang mempunyai sejumlah denda yang belum dijelaskan bagi kesalahan trafik, parkir atau pelepasan asap kenderaan daripada memasuki republik itu mulai 1 April ini.
Dalam perkembangan lain, Marzuki berkata siri perbincangan isu dua hala Malaysia-Singapura, khususnya membabitkan isu ruang udara dan had pelabuhan menunjukkan perkembangan positif.
"Minggu lalu kita ada berbincang mengenai perkara ini dengan wakil Singapura datang ke Wisma Putra untuk bermesyuarat dan hasilnya sangat bagus.
"Kita akan teruskan perbincangan ini pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan ia berkemungkinan dibuat di Singapura," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 03 2019
GAMBAR FAIL: Kelihatan deretan kenderaan di Tambak Johor dari Singapura menuju ke Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuaranti (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar. - BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF
Victor Axelsen meluahkan kekecewaannya terhadap BWF yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China.
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah denda bekas penjaga gol Arsenal
Lehmann dituduh pendakwa raya menggergaji rasuk bumbung di garaj, pada Julai 2022.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
Mahkamah denda penyanyi pop Jerman kerana buat tabik Hitler
Muller didapati bersalah oleh mahkamah di bandar Leipzig, kerana menggunakan simbol organisasi yang tidak berperlembagaan dan pengganas.
Rasuah pegawai DBKL: Enam termasuk seorang warga asing didenda
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
EURO 2024: Sepanyol sedia bayar denda turunkan Lamine Yamal
SEPANYOL mungkin berdepan risiko melanggar undang-undang Jerman jika menurunkan ayam tambatan, Lamine Yamal dalam kesebelasan utama pada final Euro 2024 menentang England pada Isnin.
Pemuzik jalanan ajar isteri tentang Millah Abraham dihukum penjara sebulan, denda RM2,000
Norasid mengaku mengajar isterinya ajaran sesat berkaitan Millah Abraham di Felda Palong 3, Gemas, tahun lepas.