awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan vape: Perak muktamad selepas MMK, ambil kira pandangan ramai termasuk Jabatan Mufti

Aida Aziz
Aida Aziz
24/05/2025
01:00 MYT
Larangan vape: Perak muktamad selepas MMK, ambil kira pandangan ramai termasuk Jabatan Mufti
Sebarang keputusan berhubung isu larangan penjualan rokok elektronik atau vape di Perak akan dimuktamadkan selepas dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) pada 28 Mei ini. - Gambar hiasan
LENGGONG: Sebarang keputusan berhubung isu larangan penjualan rokok elektronik atau vape di Perak akan dimuktamadkan selepas dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) pada 28 Mei ini.
Selain itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kajian menyeluruh oleh Exco Kesihatan Negeri bersama pihak berkepentingan turut diambil kira.
Jelasnya lagi, kerajaan negeri akan mengambil kira pandangan peniaga, ibu bapa, pendidik serta Jabatan Mufti dalam proses penilaian dasar.
"Jika didapati lebih baik, lebih memberi kebaikan untuk kita haramkan, maka kita akan pilih yang lebih baik.
"Jadi, saya tidak mahu membuat keputusan secara bersendirian kerana kita ada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang akan menentukannya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Lenggong Valley Motorclub di Dataran Tasik Raban, di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini, Perlis dan Terengganu telah melaksanakan larangan penjualan vape, manakala beberapa negeri lain sedang mempertimbangkan langkah sama.
Topic Berkaitan
#larangan vape'
#Kerajaan Perak
#rokok elektronik
#Menteri Besar Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan