awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lari tinggalkan 960 liter diesel seludup

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2022
23:15 MYT
Lari tinggalkan 960 liter diesel seludup
Anggota KPDNHEP Kelantan menunjukkan minyak diesel yang berjaya dirampas di Bunut Susu, Pasir Mas pada Rabu. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan 960 liter minyak diesel bersubsidi selepas aktiviti penyeludupan yang dilakukan berjaya dihidu oleh anggota penguat kuasa di Bunut Susu di sini pada Rabu.
Aktiviti itu berjaya dipatahkan menerusi Op Bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota bertugas telah mengekori kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa mengekori kereta tersebut dari arah Tendong menghala ke Bunut Susu, lelaki itu disyaki membawa bahan bakar minyak diesel dipercayai untuk tujuan penyeludupan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, menyedari diekori, lelaki itu telah memecut laju kereta tersebut sehingga memasuki jalan mati.
Katanya, lelaki terbabit kemudian terus bertindak menghentikan kereta dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
"Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu kita telah menjumpai tong-tong plastik mengandungi cecair bahan bakar disyaki minyak diesel di bahagian belakang kenderaan," katanya.
Aswadi berkata, nilai rampasan barang kawalan itu anggaran berjumlah RM2,064.
"Siasatan dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti lelaki itu dan pemilik kenderaan serta bekalan diperoleh," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#diesel
#KPDNHEP Kelantan
#Bunut Susu
#Pasukan Polis Marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan