KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilantik menjadi Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) yang baharu.

Pelantikan berkuat kuasa 1 Oktober itu disahkan menerusi ucapan tahniah yang diumumkan MPOC di Facebook rasmi majlis tersebut.

"Pihak pengurusan dan warga kerja MPOC ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Tuan Larry Sng Wei Shien di atas pelantikan sebagai Pengerusi MPOC baharu," katanya.

Larry Sng, 42, menjawat jawatan itu daripada bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang dilantik memegang jawatan itu pada MNay 2020.

Ahli Parlimen Julau pada Februari lalu sebelum ini meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Perikatan Nasional pada waktu itu dipimpin bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yassin.

Selain itu, Sng juga pernah menjawat jawatan Pengerusi Lembaga Lada Malaysia (MPB) pada 2019 ketika pentadbiran Pakatan Harapan.

 
Sumber Facebook MPOCHQ