BARU-BARU ini, sekali lagi dunia bola sepak digemparkan dengan kejadian pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba tidak sedarkan diri dipercayai disebabkan mengalami jantung terhenti secara mengejut (sudden cardiac arrest) sewaktu perlawanan menentang Finland dalam aksi EURO 2020 di Parken Stadium, Copenhagen.
Tindakan pantas pemain dan pengurusan pasukan serta kecekapan pasukan paramedik yang bertugas ketika perlawanan berlangsung dalam memberikan bantuan kecemasan termasuk melakukan CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) yang akhirnya menyelamatkan nyawanya.
Ekoran itu ramailah yang berkongsi pelbagai ‘posting’ di media sosial tentang peri pentingnya ilmu CPR dikuasai oleh orang ramai terutamanya dalam kalangan pemain industri.
Benar & tidak dapat disangkal bahawa ilmu pertolongan cemas adalah penting untuk semua orang mempelajarinya. Pun begitu, biarlah ‘berguru’ dengan kaedah yang betul dengan menguasai ilmunya dengan baik secara teori & praktikal.
Tapi bagaimana jika latihan sepertinya dijalankan secara atas talian (online) dalam tempoh masa yang ringkas dengan bilangan peserta mencecah ratusan orang?
Jika tujuannya sekadar memberikan kesedaran kepada orang awam supaya lebih ramai yang mengetahui pentingnya mengikuti latihan pertolongan cemas & CPR, maka ianya harus diberikan pujian sebagai usaha murni mempromosikan ilmu yang bermanfaat.
Namun jika sekiranya ia disertai dengan kaedah pemasaran yang mengelirukan siap dengan sijil kompetensi yang kononnya diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tempoh sah laku 3 tahun, dan sebagainya, maka ianya perlu diteliti semula.
Lebih-lebih lagi jika ada mana-mana tempat kerja yang ingin mengikutinya sebagai ganti latihan pertolongan cemas kepada pembantu pertolongan cemas (first aider) di tempat kerja mereka sepertimana yang telah ditetapkan mengikut Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan 1970.
Menurut Garis Panduan Pertolongan Cemas di Tempat Kerja 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), latihan pertolongan cemas di tempat kerja mesti dilakukan mengikut kaedah konvensional termasuklah kuliah, demonstrasi, latihan praktikal & ujian (teori & praktikal), serta dijalankan dalam tempoh masa yang mencukupi bagi memastikan peserta dapat memahami & melakukan semua kemahiran yang telah ditetapkan.
Pihak Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) US pada tahun 2012 telah menetapkan latihan pertolongan cemas dan CPR yang dijalankan secara ‘online’ sahaja tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di dalam standard CFR 29 - OSHA 1910.151 (Perkhidmatan Perubatan & Pertolongan Cemas)
Berdasarkan praktis antarabangsa pula, merujuk kepada Panduan Amalan Terbaik OSHA : Asas-Asas Program Pertolongan Cemas di Tempat Kerja 2006, latihan ini memerlukan kemahiran fizikal seperti balutan dan CPR yang perlu dilakukan secara praktikal (hands on) melalui penggunaan model patung (mannequins) dan manusia.
Garis Panduan Pertolongan Cemas, Resusitasi dan Pendidikan Antarabangsa 2020 pula menyatakan bahawa latihan secara ‘online’ boleh membantu meningkatkan pengetahuan pertolongan cemas tetapi tidak kepada peningkatan kemahiran, seraya mencadangkan agar latihan secara ‘online’ hanya digunakan dalam domain persediaan, pencegahan, pengenalpastian awal dan mendapatkan bantuan sahaja.
Oleh itu, bagi memastikan latihan pertolongan cemas dan CPR dapat mencapai objektifnya, iaitu menyediakan individu yang terlatih, bersedia dan dapat memberikan bantuan kecemasan kepada mana-man individu yang memerlukan pada bila-bila masa, maka kaedah pengajaran dan pembelajaran secara teori dan praktikal harus dilakukan.
Jika kaedah secara ‘online’ dipilih terutamanya dalam suasana negara bergelut dengan wabak COVID-19 ketika ini, ianya mestilah kemudiannya digabungkan dengan kaedah pemudahcara yang lain seperti latihan praktikal atau fizikal termasuklah melakukan ujian kecekapan seperti yang telah ditetapkan, apabila latihan secara bersemuka dibenarkan kelak.
Dalam masa yang sama, saya menyeru agar pihak berwajib khususnya KKM dan JKKP untuk membuat pemantauan dan siasatan ke atas mana-mana individu atau syarikat yang menawarkan program yang latihan atas talian terutamanya terhadap mereka yang menggunakan nama kementerian atau jabatan secara salah (seperti yang dinyatakan diatas) dan seterunya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka.
* Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn. Bhd.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Mon Jun 14 2021

Latihan secara online hanya digunakan dalam domain persediaan, pencegahan, pengenalpastian awal dan mendapatkan bantuan sahaja.

Filem Mat Kilau suntik semangat rakyat Malaysia bebaskan negara daripada cengkaman COVID-19
Dalam konteks hari ini, pengorbanan rakyat Malaysia bersama membantu kerajaan memerangi COVID-19 juga dikira satu perjuangan besar.

AKSADRON ditugaskan untuk bangunkan pelan hala tuju sukan dron
Peranan AKSADRON termasuk menganjurkan pertandingan tempatan dan antarabangsa di seluruh negara

Kenaikan Harga Minyak | Rakyat Indonesia diminta bersedia
Rakyat Indonesia diminta bersedia bagi kemungkinan kenaikan harga bahan api ketika kerajaan berusaha mengawal subsidi tenaga yang melonjak susulan harga minyak global yang tinggi. Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu telah meningkatkan tiga kali ganda bajet subsidi tenaga tahun ini kepada 502 trilion rupiah bersamaan RM152 trilion untuk mengekalkan beberapa harga bahan api dan tarif kuasa serta menguruskan inflasi.

Tembakan Rambang | 11 maut, serangan terhadap orang awam
Seramai 11 orang maut manakala enam cedera dalam satu kejadian tembakan terhadap orang awam di Cetinje, Montenegro, pada Jumaat. Antara mangsa cedera parah termasuk seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian.

Serbuan FBI | 11 rekod sulit dirampas dari Estet Donald Trump
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapatkan semula dokumen yang dilabelkan sebagai 'rahsia besar' selepas serbuan di Estet Mar-A-Lago milik bekas Presiden Donald Trump di Florida. Menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan pada Jumaat, ejen FBI telah mengambil 11 set rekod sulit daripada serbuan dilakukan Isnin lepas.

Perkembangan Britain | Johnson akui bantuan kos sara hidup tidak cukup
Perdana Menteri UK Boris Johnson mengakui sokongan kos sara hidup yang disediakan oleh kerajaannya tidak mencukupi. Johnson bagaimanapun berkata, pihaknya berusaha melakukan langkah tambahan bagi memastikan terdapat sokongan selanjutnya menjelang tahun hadapan.

Lombong Runtuh | Mexico gerakkan misi menyelamat cari 10 pelombong
Mexico menerusikan operasi mencari dan menyelamat susulan tragedi lombong arang batu runtuh di mana 10 pelombong terperangkap sejak minggu lalu. Penyelaras Pertahanan Awam Kebangsaan Nya Laura Velázquez berkata, setakat ini mereka telah mengeluarkan 97% air di lombong berkenaan dan kemungkinan mangsa boleh diselamatkan.

FBI rampas 11 rekod sulit dari kediaman Donald Trump
Trump mendakwa dokumen yang dirampas FBI "semuanya telah didedahkan," dan mendakwa beliau akan menyerahkannya jika diminta Jabatan Kehakiman.

Politik Indonesia | Prabowo terima pencalonan parti bertanding Presiden
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, menerima pencalonan partinya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024. Pada mesyuarat kepimpinan Nasional Parti Gerindranya, Prabowo berkata, beliau akan bertanding untuk kali ketiga bagi jawatan tertinggi itu selepas menerima sokongan meluas daripada ahli parti.

Sekuriti makanan: USAS buka peluang belia tingkat kemahiran di sektor pertanian
Potensi yang ada pada bidang agromakanan sememangnya besar, lebih-lebih lagi ketika dunia sedang berdepan dengan pelbagai krisis.

Latihan pertolongan cemas dalam talian: Apakah ia berkesan dan dibenarkan?
OSHA US pada tahun 2012 telah menetapkan latihan pertolongan cemas dan CPR yang dijalankan secara online sahaja tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di dalam standard CFR 29 - OSHA 1910.15