awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laut China Selatan: Pendirian Malaysia jelas, konsisten

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2020
10:00 MYT
Laut China Selatan: Pendirian Malaysia jelas, konsisten
Muhyiddin berkata, Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan keamanan dan perdagangan.
Malaysia konsisten dengan pendirian Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan keamanan dan perdagangan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, pertikaian mengenai perairan itu perlu diselesaikan di meja rundingan berdasarkan undang-undang termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.
"Dengan mengenal pasti isu-isu sensitif dan kompleks, semua pihak mesti bekerjasama untuk mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.
"Dalam tempoh getir ini, penting untuk kita memperhebatkan usaha membangun, mengekalkan dan meningkatkan kepercayaan bersama untuk kepentingan rantau dan panduduknya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 secara maya yang dipengerusikan Pengerusi ASEAN Tahun 2020, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc di Hanoi pada Jumaat.
Isu Laut China Selatan sebelum ini menjadi hangat apabila China mendakwa memiliki 90 peratus wilayah perairan tersebut, dalam lingkungan kawasan Sembilan Garis Putus gagasannya.
Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kamboja, dan Thailand juga antara negara yang terletak dalam wilayah yang dituntut China itu.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#China
#Filipina
#Indonesia
#keselamatan
#Malaysia
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Thailand
#undang-undang
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan