awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawan arus, 3 maut dua kereta bertembung di Penampang

Bernama
Bernama
13/03/2023
07:20 MYT
Lawan arus, 3 maut dua kereta bertembung di Penampang
Ketiga-tiga individu itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki hanya mengalami cedera ringan. - Gambar hiasan
PENAMPANG: Tiga lelaki berusia 17 hingga 58 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Papar Lama, dekat Nambazan di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim dalam kenyataan berkata kejadian pada 11.10 malam itu berlaku apabila sebuah kereta dipandu melawan arus dan memasuki lorong bertentangan sehingga menyebabkan pertembungan dengan sebuah lagi kereta.
Katanya kedua-dua kenderaan terbabit iaitu jenis Naza Kia dan Perodua Myvi rosak teruk pada bahagian hadapan.
Beliau berkata ketiga-tiga individu itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki hanya mengalami cedera ringan.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#tiga maut
#lawan arus
#Penampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan