DUBAI: Memberikan jenama yang lebih baik kepada Malaysia merupakan antara perancangan sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini hingga 31 Mac.
Lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke UAE itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas, juga diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan UAE termasuk menangani pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan pascapandemik.
Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Mohd Tarid Sufian berkata ia akan membuka ruang dan peluang meningkatkan jalinan hubungan erat antara kedua-dua negara terutama di peringkat pemimpin tertinggi.
Katanya, selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama di UAE, Ismail Sabri juga akan menyertai Ekspo Dubai 2020 yang berlangsung selama enam bulan sejak Oktober tahun lepas hingga 31 Mac ini.
"Beliau menyertai hari-hari terakhir ekspo ini. Ini landasan untuk memberi jenama yang baik kepada negara kerana ekspo disertai 192 negara dan juga organisasi antarabangsa.
"Kita dapat mengetengahkan teknologi dan idea baharu serta inovasi yang bukan sahaja digunakan oleh Malaysia tetapi juga potensi untuk rakan dagangan Malaysia dan negara yang boleh melihat kelebihan Malaysia untuk dimanfaatkan dunia dalam menangani cabaran masa kini," katanya pada sidang media sempena lawatan Perdana Menteri di sini.
Pada hari kedua lawatan ke UAE, Ismail Sabri akan melawat Pavilion Malaysia di Ekspo Dubai 2020 dan dijangka turut menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan syarikat asing.
Dengan tumpuan Pavilion Malaysia adalah bagi mencapai karbon bersih sifar sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan termasuk kemampanan dan tenaga pembaharuan, ia juga memberikan Malaysia platform terbaik dalam mempamerkan teknologi inovatif dan penyelesaian holistik Malaysia kepada dunia.
Mohd Tarid berkata Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Keluarga Malaysia yang besar di UAE, kerana terdapat kira-kira 6,000 rakyat Malaysia yang bekerja sebagai profesional terutama dalam bidang penerbangan serta minyak dan gas.
"Ini peluang baik untuk Perdana Menteri berkongsi idea, pengalaman dan aspirasi negara kepada rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata Malaysia dan UAE juga boleh bekerjasama dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi kerana kedua-dua negara mempunyai hasrat yang sama untuk menjadi hab pendidikan.
"Kita nak jadikan Malaysia hab pendidikan...kita boleh buat kolaborasi secara strategik dengan UAE, kerana UAE ada inspirasi yang sama. Institusi pengajian Malaysia boleh jadikan bandar-bandar besar UAE untuk bersama-sama memajukan institusi pendidikan," katanya.
Mohd Tarid berkata Malaysia boleh menyasarkan bukan hanya menarik pelajar UAE untuk ke Malaysia tetapi juga warganegara lain di UAE kerana terdapat lebih 200 warganegara di negara itu.
"Bukan fokus hanya rakyat UAE tetapi keluarga mereka yang bekerja. Di sini (UAE) ada lapan juta warga asing. UAE adalah kosmopolitan bagi dunia, boleh jumpa pelbagai latar belakang dari pelbagai negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Mohd Tarid bercakap bersama media Malaysia sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE hari ini, di Dubai, 29 Mac 2022. --fotoBERNAMA
RichWorks gedung lahirkan usahawan jutawan negara
RichWorks mahu perkukuh peranan sebagai sebuah institusi keramat melahirkan usahawan berjaya yang menyumbang kembali kepada masyakarat.
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.
Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.
Krisis kemanusiaan di Palestin: Tragedi era moden - Muhammed
Muhammed berkata masyarakat Islam perlu bersatu membela nasib rakyat dan menyuarakan isu Palestin.
Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.
Lelaki warga Thailand maut, van rempuh belakang treler di WCE
Mangsa menaiki van itu bersama seorang lagi lelaki yang cedera ringan dan berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba.
Pensyarah UTM terima anugerah 'The Order of the Rising Sun'
The Order of the Rising Sun, yang ditubuhkan pada tahun 1875, merupakan sistem anugerah tertua di Jepun.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
Polis siasat kejadian tular individu pegang objek disyaki pistol
Polis Daerah Kuala Terengganu menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung kes berkenaan yang tular di media sosial.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.