awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan ke Venice perkukuh misi Melaka sebagai pusat pelancongan air

Bernama
Bernama
17/06/2025
20:30 MYT
Lawatan ke Venice perkukuh misi Melaka sebagai pusat pelancongan air
Melaka komited memperkasa kedudukannya sebagai destinasi pelancongan air lestari dengan mengangkat semula kegemilangan Sungai Melaka sebagai nadi pelancongan negeri yang pernah digelar Venice of the East. - Foto Facebook/Ab Rauf Yusoh
MELAKA: Melaka komited memperkasa kedudukannya sebagai destinasi pelancongan air lestari dengan mengangkat semula kegemilangan Sungai Melaka sebagai nadi pelancongan negeri yang pernah digelar Venice of the East.
Ketua Menteri Datuk Seri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif itu antara usaha digerakkan melalui lawatan kerja delegasi kerajaan negeri ke Venice, Itali yang merupakan kota legenda terkenal dengan perkhidmatan pelancongan air bertaraf dunia.
"Inisiatif ini juga menjelang sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC2025) September depan.
"Kami turut menyelami rahsia kejayaan sistem bot persiaran Venice, seperti gondola, teksi air, bas air dan bot kecemasan yang berpaksikan kelestarian dan pengalaman pengunjung bertaraf antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.
Ab Rauf berkata lawatan itu juga membuka peluang strategik kepada Melaka khususnya Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sebagai pengendali Melaka River Cruise yang juga ikon produk pelancongan negeri.
Beliau berkata lawatan itu turut memberi peluang kepada PPSPM menimba pengetahuan, meneroka teknologi pengurusan laluan air serta berkongsi amalan terbaik dalam menghadapi cabaran perubahan iklim.
"Insya-Allah, segala yang dipelajari akan diterjemahkan ke dalam tindakan demi memastikan Melaka terus bergerak menjadi destinasi pelancongan air bertaraf dunia yang membanggakan Malaysia.
"Dari tebing Sungai Melaka ke terusan-terusan di Venice, semoga persahabatan erat ini akan terus mengalir kukuh dan berpanjangan dan terima kasih atas sambutan serta kerjasama erat diberikan sepanjang lawatan berimpak tinggi ini," katanya.
Sepanjang lawatan itu, Ab Rauf dan delegasi kerajaan negeri diiringi Timbalan Datuk Bandar Venice Simone Venturini dan delegasi rasmi Majlis Bandaraya Venice serta Kedutaan Besar Malaysia di Rom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Venice of The East
#pelancongan
#Ab Rauf Yusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami