Lawatan kerja singkat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Jakarta semalam sebenarnya memberi kesan jangka panjang hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Hanya dalam perjumpaan kira-kira empat jam di Bogor dengan Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan panggilan Jokowi, perdana menteri telah memberi dua idea bernas yang diterima pakai oleh kerajaan Indonesia.
Pertamanya ialah saranan Najib kepada Jokowi supaya Indonesia membina perigi tiub sebagai kaedah untuk mengawal kebakaran hutan dan melembapkan tanah gambut di kawasan perladangan.
Najib menjelaskan kepada Jokowi bahawa pembinaan perigi tiub itu adalah kaedah yang berkesan di Malaysia dalam mengawal kebakaran hutan dan pembinaannya dapat disiapkan dengan cepat berbanding cadangan kerajaan Indonesia untuk membina terusan air.
Saranan Najib itu terus mendapat reaksi positif oleh Jokowi dan bersetuju untuk menghantar pasukan khas bagi mengkaji bagaimana perigi tiub itu dibina dan meninjau keberkesanannya di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Perdana Menteri secara jujur menyatakan kepada Jokowi bahawa cadangan membina terusan oleh kerajaan Indonesia mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dan ia adalah terlalu lama bagi Malaysia yang menjadi mangsa jerebu.
Saranan Najib yang seolah-olah memberi nafas lega kepada Jokowi itu jelas membuktikan bahawa pemimpin Malaysia berupaya memberi kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah jerebu.
Pendekatan Najib ialah menyelesaikan masalah yang timbul menerusi rundingan dengan memberi idea yang bernas.
Perdana Menteri memberitahu pemberita, Jokowi pada mulanya menunjukkan reaksi tertekan, kesal dan malu dengan masalah kebakaran hutan dan ladang di negaranya serta memahami kesulitan rakyat Malaysia akibat jerebu sejak dua bulan ini.
Indonesia pada mulanya mencadangkan pembinaan terusan yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah kebakaran hutan dan ladang.
Perkara kedua yang sangat signifikan dalam pertemuan antara kedua-dua pemimpin utama negara itu ialah penubuhan Majlis Minyak Sawit Antarabangsa yang diasaskan bersama oleh Malaysia dan Indonesia.
Najib menyifatkan penubuhan majlis itu sebagai kejayaan terbesar dalam hubungan dua buah negara kerana perkara yang dirancang sejak tahun 2006 itu kini menjadi kenyataan apabila kedua-dua negara mencapai kata sepakat.
Majlis itu akan menentukan piawaian global baharu dalam pengeluaran minyak sawit dan mewujudkan kerjasama mengenai stok simpanan minyak sawit dunia.
Perdana Menteri berkata penubuhan majlis ini satu sejarah dan signifikan bagi negara pengeluar kelapa sawit kerana Malaysia dan Indonesia menguasai lebih 80 peratus pengeluaran minyak sawit dunia.
"Majlis itu akan memberi manfaat industri secara bersama dan akan mengambil tindakan bersama terhadap ancaman kelapa sawit seperti kegiatan lobi anti minyak sawit dan apa-apa diskriminasi yang dilakukan... kita akan ambil langkah bersama," katanya.
Majlis itu juga akan membangunkan Zon Ekonomi Hijau serta mempertingkatkan pembangunan sosioekonomi pekebun kecil.
Najib berkata struktur organisasinya akan diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif dan ia akan diumumkan secara rasmi bersempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada November ini.
Bernama
Mon Oct 12 2015
Dua perkara signifikan yang dibincang antara Najib (kiri) dan Jokowi ialah masalah jerebu dan penubuhan Majlis Minyak Sawit Antarabangsa. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.