awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Ringgit terus kukuh, tetapi pembangkang 'senyap sunyi' - PM Anwar
HIBURAN
'Saya akan pertahankan keluarga' - Fikry Ibrahim buka mulut isu kemelut rumah tangga
MALAYSIA
Kes SRC International: Najib gembira lepas tanpa bebas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lawatan TPM Fadillah ke Uzbekistan, Rusia perluas jaringan strategik sektor tenaga, air

Bernama
Bernama
20/06/2025
01:50 MYT
Lawatan TPM Fadillah ke Uzbekistan, Rusia perluas jaringan strategik sektor tenaga, air
Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Fadillah ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa. - Gambar Bernama
TASHKENT: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, mengetuai delegasi Malaysia ke kedua-dua negara itu pada 21-28 Jun, 2025.
Dalam kenyataannya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, selain mempertingkat kefahaman delegasi Malaysia terhadap teknologi tenaga nuklear moden, lawatan kerja berkenaan juga menjadi inisiatif bagi menarik minat pelabur selain memperkukuh kerjasama dan aspirasi Malaysia MADANI melalui pembentukan hubungan dua hala yang konstruktif.
Kehadiran Fadillah juga mencerminkan komitmen Malaysia dalam membentuk kerjasama strategik global bagi mendepani cabaran tenaga dan air pada masa hadapan.
"Ini juga menzahirkan peranan aktif negara dalam meneroka penyelesaian yang berdaya tahan dan lestari melalui perkongsian pengetahuan, teknologi dan pelaburan asing," kata kementerian itu.
Antara agenda Fadillah dalam lawatannya ke Uzbekistan pada 21-24 Jun, 2025 adalah melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev yang melibatkan perbincangan dua hala dan usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang tenaga serta pembangunan mampan.
Mesyuarat Bersama Menteri Tenaga Uzbekistan, Jurabek Mirzamakhmudov pula akan menumpukan perbincangan mengenai kerjasama teknikal dan pelaburan dalam tenaga boleh baharu.
Bagi lawatan di Rusia pada 25-28 Jun 2025, Fadillah dijadual menghadiri mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri, Alexander Novak untuk membincangkan kerjasama strategik dalam bidang tenaga.
Beliau juga dijadual melakukan lawatan teknikal ke loji janakuasa nuklear ROSATOM di St Petersburg bagi meninjau teknologi nuklear terkini serta piawaian keselamatan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
#lawatan kerja TPM
#TPM Fadillah ke Uzbekistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami