awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebam dipukul 15 pelajar senior

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/01/2018
10:17 MYT
Lebam dipukul 15 pelajar senior
Insiden dipercayai berpunca akibat salah faham sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati seorang pelajar Tingkatan 4 kerana diejek dan ditertawakan mangsa. - Gambar hiasan
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas, Pulau Pinang mengalami lebam di beberapa anggota badan selepas mendakwa dipukul lebih 15 pelajar senior, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa mendakwa telah dipukul pada badan, ditampar dan ditendang oleh sekumpulan pelajar senior di koridor tingkat tiga asrama lelaki sekolah berkenaan.
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati seorang pelajar Tingkatan 4 kerana diejek dan ditertawakan mangsa.
Noorzainy berkata, mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Kepala Batas kira-kira jam 8.50 malam Ahad memaklumkan, ketika kejadian, terdapat 30 pelajar menyaksikan kejadian tersebut namun hanya 15 yang dikenal pasti memukulnya.
Selain mangsa, terdapat tiga pelajar lain turut dipukul oleh kumpulan pelajar senior tersebut namun masih belum membuat laporan polis.
Kata Noorzainy lagi, setakat ini polis telah memanggil beberapa pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu hari ini untuk direkodkan keterangan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
Siasatan lanjut masih dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#buli sekolah
#Kepala Batas
#kes buli
#kes pukul
#mangsa buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan