Skip to main content

Malaysia

Penggunaan melebihi 600 kWh pacu kenaikan bil elektrik - TNB

PUTRAJAYA, 28 Jun -- Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan tiada kenaikan tarif elektrik bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini serta kerajaan juga bersetuju memberikan rebat elektrik sebanyak dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada 9.44 juta pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Kerajaan turut menggunakan RM435 juta daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi mengurangkan kesannya kepada pengguna. - Foto Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Peningkatan penggunaan elektrik sehingga melepasi 600 kilowatt jam (kWh) sebulan antara faktor utama yang menyebabkan sebahagian pengguna domestik berdepan bil lebih tinggi.

Ketua Pegawai Pengurusan Kawal Selia dan Pemegang Taruh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Shahannom Izham berkata, pengguna di bawah paras 600 kWh tidak dikenakan pelarasan kos bahan api automatik atau AFA, caj peruncitan serta cukai perkhidmatan.

Namun, jumlah pengguna dalam kategori itu kini menurun kepada sekitar 80 peratus, berbanding 85 hingga 86 peratus pada awal tahun.

“Bila pengguna menggunakan lebih dan melepasi paras 600 kWh sebulan, pengguna perlu membayar tiga komponen ini.

“Antara faktor yang menyebabkan penggunaan meningkat termasuk suhu harian yang lebih tinggi, bekerja dari rumah, perayaan dan sebagainya.

“Pada ketika ini, kumpulan yang sebelum ini dilindungi telah turun daripada 85 peratus kepada 80 peratus sahaja. Sebenarnya penggunaan semakin meningkat dan telah melepasi zon yang dilindungi iaitu 600 kWh sebulan,” katanya ketika menyampai taklimat  media Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu negara pada Jumaat.

Dalam masa sama, Shahannom berkata kos penjanaan turut dipengaruhi harga arang batu, gas serta kadar pertukaran wang asing (Forex).

Beliau menjelaskan, AFA merupakan mekanisme pelarasan bulanan berdasarkan perubahan kos penjanaan sebenar dan bukan keuntungan kepada TNB.

Sejak Julai 2025 hingga April 2026, sebanyak RM3.1 bilion rebat AFA disalurkan kepada pengguna.

Bagaimanapun, susulan kenaikan harga bahan api global, kira-kira RM800 juta surcaj AFA dikenakan setakat ini.

Kerajaan turut menggunakan RM435 juta daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi mengurangkan kesannya kepada pengguna.

Must Watch Video

Advertisement