awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 penunggang motosikal dapat sumbangan petrol percuma

Bernama
Bernama
19/02/2017
12:42 MYT
Lebih 1,000 penunggang motosikal dapat sumbangan petrol percuma
Petugas stesen minyak sibuk mengisi petrol motosikal orang ramai di stesen minyak dekat Shahab Perdana di Alor Setar menerusi Program Sumbang Petrol Percuma hari ini. - Foto Bernama
Kira-kira 1,000 penunggang motosikal di sekitar bandar raya ini mengambil peluang mengisi minyak petrol secara percuma menerusi program Sumbangan Petrol Percuma anjuran Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar selama sejam bermula pukul 5 petang tadi.
Ketua Pemuda UMNO Alor Setar Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa berkata program julung kali itu melibatkan tiga stesen minyak iatu Petronas Shahab Perdana dan Jalan Pegawai serta stesen minyak Shell Tajar di Alor Mengkudu.
"Sebanyak RM5,000 diperuntukkan bagi menjayakan program ini kerana kita tahu dengan kenaikan harga petrol RM2.30 seliter menyebabkan kos hidup terus meningkat, jadi rakyat patut dibantu dan ini bukan sebab nak pilihan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Program itu katanya mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga ada yang datang seawal pukul 3 petang dan beratur panjang bagi mendapatkan kupon di stesen-stesen minyak tersebut.
Sementara itu, seorang penunggang motosikal, Teoh Guik Chu, 56, dari Taman Wira Mergong di sini, berkata dia amat bersyukur di atas sumbangan tersebut kerana amat membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.
Mohd Hidayat Mahmud, 18, pula berkata dia pada mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut namun tetap datang ke stesen minyak di Jalan Pegawai sebelum diberi kupon untuk mengisi minyak secara percuma. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO Alor Setar
#Petrol percuma
#Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan