awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 106,594 pas dilulus untuk ekspatriat - Imigresen

Bernama
Bernama
06/02/2017
23:07 MYT
Lebih 106,594 pas dilulus untuk ekspatriat - Imigresen
MUSTAFAR: Lebih daripada 106,594 EP dan PVP telah diluluskan Jabatan Imigresen menerusi Pusat Khidmat Bakat Ekspatriat Malaysia (MYXpats Centre). - Gambar fail
Lebih daripada 106,594 pas kerja (EP) dan lawatan profesional (PVP) telah diluluskan Jabatan Imigresen menerusi Pusat Khidmat Bakat Ekspatriat Malaysia (MYXpats Centre).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata sejumlah 67,274 permohonan EP dan 39,320 PVP dikemukakan menerusi Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) sejak MYXpats memulakan operasi pada 2015.
Beliau berkata MYXPats meluluskan 82 peratus permohonan EP tahun lepas berbanding 71 peratus dalam tahun pertama operasinya.
"Di sini kita boleh melihat pertambahan peratus ekspatriat dalam permohonan untuk bekerja di sini yang menunjukkan tanda positif setakat ini," katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja ke Pusat MYXPats di sini, pada Isnin.
BACA: E-Kad untuk majikan mohon penggajian semula PATI secara sah - Mustafar
BACA: Jabatan Imigresen perjelas perlaksanaan bayaran levi pekerja asing
Lima permohanan teratas dibuat oleh warganegara China, India, Jepun, Filipina dan Indonesia.
Beliau juga berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia telah menyediakan peluang profesional yang memerlukan kemahiran terutama bagi sektor berimpak dan bernilai tinggi.
"Dalam tempoh empat tahun (dari 2013 hingga 2016), hasil kita telah meningkat kepada RM3.05 trilion yang akan menjana sektor ekonomi dan negara yang lebih hebat di masa depan," kata Mustafar.
Beliau berkata perkhidmatan pembuatan, pembinaan, penerbangan, automotif, minyak, gas dan tenaga serta perniagaan merupakan sektor utama yang mendatangkan keseluruhan hasil syarikat dalam ESD.
Sementara itu katanya hanya terdapat lima kes yang melibatkan pemalsuan dokumen tahun lalu berbanding lapan kes pada 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ep
#ESD
#IJM
#Imigresen
#levi
#Mustafar Ali
#PVP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan