awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 11,000 peserta sertai Kempen Internet Selamat, perkasa literasi digital

Bernama
Bernama
17/06/2025
11:15 MYT
Lebih 11,000 peserta sertai Kempen Internet Selamat, perkasa literasi digital
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (tengah) bergambar bersama sebahagian murid-murid sempena Kempen Internet Selamat di Sekolah Rendah Kebangsan Sung Siew hari ini. - Foto BERNAMA
SANDAKAN: Seramai 11,839 peserta terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa telah menyertai Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan di 53 buah sekolah di seluruh negara setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Menurut Teo, kempen itu digerakkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi pendidikan serta agensi berkaitan, bagi memperkasa literasi digital dan membudayakan keselamatan siber yang lebih selamat, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Beliau berkata Kempen Internet Selamat menyasarkan liputan di lebih 10,000 institusi pendidikan menjelang akhir tahun ini dengan memberi empat fokus utama merangkumi buli siber, penipuan dan judi dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak serta perlindungan data dan literasi digital.
"Bagi tempoh Mei hingga Ogos, Kempen Internet Selamat disasar dilaksanakan di 344 sekolah seluruh negara dengan 64 daripadanya di Sabah. Setakat ini, sambutan baik dan kita nak melaksanakan kempen ini secara interakatif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Internet Selamat di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew di sini hari ini.
Seramai 120 murid Tahun Empat hingga Tahun Enam sekolah rendah itu menyertai kempen tersebut.
Teo berkata kerjasama dengan Kementerian Pendidikan juga sangat bagus untuk menjayakan kempen itu melihat impaknya dalam memberi kefahaman mengenai keselamatan siber kepada murid sekolah.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru semua pihak agar berganding bahu membudayakan persekitaran digital yang selamat, sihat dan positif, antaranya melalui penyertaan dalam modul kesedaran, ceramah dan aktiviti kempen yang dapat memperkasa masyarakat dalam menghadapi ancaman siber.
"Kita tidak boleh nafikan bahawa kanak-kanak pada hari ini ada akses kepada peralatan komunikasi dan internet. Justeru, golongan ibu bapa khususnya perlu memikul tanggungjawab memantau penggunaan internet anak-anak mereka.
"Kita perlu meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat terutama kanak-kanak mengenai literasi digital supaya mereka faham tidak boleh berkongsi gambar dan maklumat data peribadi di internet. Mereka perlu dididik tentang kaedah terbaik menggunakan internet dan risikonya.
Menurut Teo, Kempen Internet Selamat juga wajar dijadikan sebagai satu gerakan nasional dan bukan sekadar kempen bermusim demi melahirkan generasi yang lebih bijak serta beretika dalam penggunaan internet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kempen Internet Selamat
#literasi digital
#kementerian komunikasi
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami