awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,500 peniaga, pekerja warga asing di Pasar Borong KL dibanteras

Bernama
Bernama
21/06/2022
15:31 MYT
Lebih 1,500 peniaga, pekerja warga asing di Pasar Borong KL dibanteras
DBKL berusaha keras supaya tidak ada warga asing bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Lebih 1,500 warga asing yang berniaga dan bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) berjaya dibanteras antara Mac 2020 hingga Disember 2020 menerusi program pemutihan yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL Khairul Anuar Mhd Juri berkata tindakan penguatkuasaan itu dibuat selari dengan syarat ditetapkan di bawah Undang-undang Kecil Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002.
"DBKL berusaha keras supaya tidak ada warga asing bekerja di PBKL. Ya, mungkin ada yang membawa masuk (pekerja asing) secara curi-curi dan kadang-kala perkara itu tidak boleh dielak.
"Namun jika ada, kita akan tahan kemudian diberikan surat tunjuk sebab kepada pemegang lesen malah ada juga kes yang lesen mereka dibatalkan," katanya dalam sidang media selepas pelancaran buku 'Transformasi Pasar Borong Kuala Lumpur - Menjana Ekonomi Norma Baharu' di sini, hari ini.
Menurutnya tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga dan pekerja warga asing di PBKL telah membuka peluang dan ruang pekerjaan kepada warga tempatan yang terkesan dan kehilangan sumber pendapatan akibat COVID-19.
"Bagi menarik minat warganegara untuk bekerja di PBKL, pelbagai kemudahan disediakan antaranya penyediaan asrama dan pekerja turut dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya yang mengakui aduan berhubung permasalahan itu semakin berkurangan susulan penguatkuasaan tegas yang dilakukan DBKL.
Sementara itu Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dalam ucapan perasmian di majlis itu berkata pelaksanaan norma baharu susulan pandemik, telah mencetuskan idea penubuhan Task Force Menjana Ekonomi Norma Baharu PBKL yang memberi fokus kepada aktiviti pemutihan pekerja warga asing di PBKL, selain mengambil tindakan terhadap majikan yang terlibat.
"Task Force ini juga berjaya mendidik pemborong untuk mematuhi syarat lesen dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai majikan yang secara tidak langsung membuka peluang dan ruang pekerjaan khususnya kepada warga kota yang terkesan dan kehilangan sumber pendapatan susulan pandemik COVID-19.
"Ia juga mengurangkan kadar jenayah seperti vandalisme dan rompakan serta berjaya menambah baik keceriaan persekitaran PBKL dengan lukisan grafiti oleh sekumpulan pelukis mural dan grafiti," katanya.
Mahadi berkata DBKL juga telah menambah baik pengurusan dan meningkatkan infrastruktur seperti pemakaian pakaian seragam, pas pengenalan pekerja dan pemborong serta pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang pelaksanaan norma baharu di PBKL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasar Borong KL
#DBKL
#warga asing
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan