KUALA LUMPUR: Seramai 18,786 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen dan tidak berpencen telah menerima bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM67.6 juta, setakat ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata inisiatif berkenaan sebagai salah satu usaha untuk memastikan kebajikan warga veteran ATM sentiasa terpelihara, selain kementerian berusaha memperkasakan ekonomi veteran.
"Kita juga menyediakan sumbangan khairat kepada anggota dan tanggungan yang bernilai RM3,000 bagi veteran dan RM1,500 bagi keluarga. Setakat ini kita telah membelanjakan Sebanyak RM455,000.
"Bagi aspek kesihatan, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM103 juta bagi tujuan rawatan dan juga ubat-ubatan serta alat-alat yang terkait dengan perubatan.
"Bagi aspek perumahan, ada tiga inisiatif kita, pertama adalah pembinaan rumah baharu sebanyak 40 buah rumah, 170 bagi pembaikan dan juga satu anggota satu rumah, di mana kita memperuntukkan dari segi pembinaan rumah sasar ini 15 peratus diperuntukkan kepada anggota," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Beliau menjawab soalan R Yuneswaran (PH-Segamat) meminta Menteri Pertahanan menyatakan skop pemerkasaan sedang dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada berpencen atau tidak berpencen, sejajar dengan penilaian semula menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara.
Menjawab lanjut, Adly berkata MINDEF melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) juga memberi tumpuan kepada pendidikan dengan setakat ini, sebanyak RM557,000 diperuntukan bagi bantuan di peringkat rendah dan sekolah menengah.
Selain itu, ujarnya sebanyak RM1,000 bantuan diberikan bagi peringkat diploma, manakala RM15,00 kepada anggota veteran yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.
Menjawab soalan tambahan berhubung perbezaan amaun pencen antara veteran ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013 dan yang bersara mulai 1 Jan 2013 pula, Adly berkata MINDEF secara dasar menyerahkan kepada keputusan mahkamah.
Beliau menambah, isu berkaitan pencen telah berlarutan agak lama, dan kerajaan sememangnya mengambil tanggungjawab dalam hal berkenaan.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 18 2023
Adly berkata inisiatif berkenaan sebagai salah satu usaha untuk memastikan kebajikan warga veteran ATM sentiasa terpelihara, selain kementerian berusaha memperkasakan ekonomi veteran - Foto fail/BERNAMA
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah.
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Mindef sasar lebih 8,000 rumah keluarga siap pada 2025
Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.