awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 2,000 jemaah tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
22/04/2023
03:30 MYT
Lebih 2,000 jemaah tunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan sumbangan duit raya selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama jemaah lain di Masjid Zahir hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Lebih 2,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, Alor Setar yang diimamkan Imam Besar Masjid Zahir, Sheikh Mohd Naim Ahmad yang turut membacakan khutbah hari raya.
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini turut menunaikan solat sunat Aidilfitri yang bermula pada jam 9 pagi bersama jemaah lain.
Baginda bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff tiba di Masjid Zahir pada jam 8.50 pagi.
Ketibaan Sultan dan Sultanah Kedah disambut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Turut berlangsung majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.
Hasil pemerhatian juga mendapati kebanyakan jemaah turut memakai pelitup muka selepas terdapat galakan pemakaiannya daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID-19 di negeri ini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Abd Ghani@Zulkifli Zainudin menyatakan arahan pemakaian pelitup muka, dikeluarkan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar semua pihak mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan penularan virus COVID-19 dapat dikawal.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Masjid Zahir
#Sheikh Mohd Naim Ahmad
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan