LANGKAWI: Lebih 2,000 permohonan dalam talian direkodkan sejak permohonan Pas DE Rantau Nomad mula dibuka pada 1 Okt lepas melalui Program DE Rantau yang merupakan satu daripada Program Mangkin Digital Malaysia (PEMANGKIN).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia menunjukkan sambutan sangat menggalakkan meskipun belum memasuki tempoh dua bulan, tetapi sudah mencapai ribuan permohonan untuk pas lawatan ikhtisas daripada nomad digital untuk datang menetap dan bekerja di negara ini.
"Secara keseluruhannya, maklumat yang saya dapat sewaktu berada di Bucharest (Romania) program yang seumpama ini adalah satu program yang akan menjadi trend pada masa akan datang. Jadi kita mesti mendahului untuk menyediakan kemudahan bukan sahaja pas (DE Rantau Nomad) dengan kemudahan tertentu.
"Tetapi juga menggalakkan peserta yang terlibat di hab di rantau ini untuk menyesuaikan perniagaan masing-masing untuk mengambil peluang yang ada, meningkatkan aplikasi digital dan memperkemaskan premis perniagaan supaya sesuai dengan kedatangan tetamu daripada segenap pelusuk dunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan lokasi kedua Program DE Rantau di Pulau Langkawi yang turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, di sini semalam.
Untuk rekod, lokasi pertama DE Rantau itu di Pulau Pinang dilancarkan pada 13 Sept lepas yang bertujuan meletakkan Malaysia sebagai hab pilihan utama warga nomad digital asing dan menggalakkan mobiliti dalam kalangan warga profesional digital antarabangsa selain memperkasakan sektor pelancongan negara di mata dunia.
Melalui DE Rantau, MDEC akan membangunkan hab nomad digital dan ekosistem tempatan yang komprehensif untuk menyokong gaya hidup nomad digital dengan kerjasama pelbagai pemain industri dan mencipta pas nomad digital baharu yang akan memudahkan nomad digital untuk menetap di negara ini.
Penubuhan Hab DE Rantau merupakan penginapan sedia ada yang diperakui akan memberi manfaat kepada penyedia dan pemilik penginapan tempatan sekali gus membantu dalam pemulihan ekonomi sektor pelancongan.
Annuar berkata pas khas itu sah diguna pakai dalam tempoh 12 bulan dan nomad digital boleh memperbaharui pas itu semula sekiranya ingin menetap di negara ini.
"Dia boleh perbaharui pas ini, dia nak pakai mungkin tiga bulan, lima bulan, lapan bulan. Cukup satu tahun boleh disambung," katanya yang turut optimis Langkawi akan terus menjadi pilihan pelancong asing menerusi program berkenaan.
Beliau berkata Program DE Rantau juga dilihat dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital dan kementeriannya menyasarkan sebanyak RM70 bilion dapat dijana menjelang 2025 berbanding RM45 bilion yang direkodkan pada masa ini.
"Program ini kami menjangkakan akan mendapat sambutan yang baik dan sekarang ini, kami dah pun dapat permohonan lagi dari Sabah supaya mengadakannya di Sabah. Saya minta MDEC meneruskan program ini," katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata Malaysia yang diwakili Duta Malaysia ke Romania Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin telah menandatangani satu pernyataan bersama Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) semasa Persidangan Plenipotentiary ITU 2022 di Bucharest yang berakhir pada 14 Okt lepas.
Beliau berkata antara perkata penting ditekankan dalam pernyataan bersama yang ditandatangani Malaysia itu adalah memperkasa golongan wanita melalui transformasi digital dan penggunaan aplikasi Internet benda (IOT) untuk bandar pintar dan komuniti yang mampan.
"Kita satu daripada negara anggota majlis yang baharu akan memainkan peranan. Saya harap Malaysia menjadi contoh kerana ada 183 negara, kita ada kekuatan kita sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022

Annuar (kanan) ketika menyempurnakan pelancaran DE [email protected] di Langkawi semalam. Turut kelihatan, Md Alwi. --fotoBERNAMA
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuklah 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain daripada segi perjanjian bersama.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.

Protes | Seorang lagi maut di Peru, angka kematian meningkat 58 orang
Seorang penunjuk perasaan maut manakala puluhan yang lain cedera dalam protes anti kerajaan di seluruh negara Peru, pada Ahad

Perang di Urkaine | Trump dakwa jika masih Presiden, perang tidak akan berlaku
Donald Trump mendakwa sekiranya beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tidak akan pernah berlaku.

NATO | Erdogan jangka setuju keahlian Finland, dahului Sweden
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi isyarat Ankara mungkin bersetuju untuk Finland menyertai NATO mendahului Sweden.

Langkah pembersihan hanya hasilkan lebih banyak kotoran - Annuar Musa
Tindakan dilakukan parti berkenaan pada Jumaat itu hanya akan menghasilkan lebih banyak kotoran.

Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

Isu Menara KL: Annuar Musa ambil tindakan undang-undang terhadap 3 individu
Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata beberapa hantaran di media sosial telah menjejaskan imej dan reputasinya.

MN tidak akan didaftarkan sebagai parti politik - Annuar
Perkara tersebut tidak akan berlaku ekoran enggan melihat lebih banyak parti yang memecahbelahkan orang Melayu.

Kementerian sedia bekerjasama jika penjualan saham Menara KL disiasat - Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi dan Digital bersedia untuk bekerjasama jika pihak berkuasa menyiasat pengambilalihan Mnenara KL.

Annuar hormati keputusan personaliti tarik diri sertai MN
Kata Annuar, pendukungnya perlu komited, istiqamah dan reda serta ikhlas dalam berkhidmat.

'Lebih baik saya neutral'- Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional
Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah memaklumkan menarik diri dari menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) atas faktor prinsip yang disifatkan tidak sesuai dengan dirinya.

Sumber dana Muhyiddin: Annuar gembira 'cerita' semuanya kepada SPRM
SPRM rekod keterangan Annuar berhubung dakwaan Muhyiddin salur jutaan ringgit kepada UMNO semasa PRN Sabah, dua tahun lalu.

Dipecat dari UMNO, Annuar buat keputusan tidak merayu
Biarpun dipecat, namun, Annuar langsung tidak berdendam dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Noh Omar, Zuraida, Jamal Abdillah, Ridhuan Tee antara 30 Ahli Dewan Tertinggi MN
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz turut disenaraikan, umum Tan Sri Annuar Musa.