KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat diberitahu bahawa jumlah bilangan pekerja asing dalam negara ini telah menghampiri sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
"Sehingga 15 Mac 2024, berlandaskan kepada rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara adalah seramai 2,171,798 orang.
"Buat masa ini, kerajaan masih mengekalkan keputusannya untuk membekukan kelulusan kuota baharu. Ini kerana bilangan pekerja asing dalam negara telah menghampiri sasaran yang ditetapkan di bawah RMK12," katanya semasa pertanyaan bagi jawab lisan pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai status kekurangan pekerja asing, jumlah yang masih diperlukan dan usaha dijalankan bagi mengatasi masalah berbangkit.
Mengulas lanjut, Steven Sim berkata kerajaan juga masih dalam proses memuktamadkan saringan terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK) seliaan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Justeru, sebarang keputusan berkenaan pembukaan semula kuota pekerja asing akan ditetapkan setelah kerajaan mendapat perincian penuh berkaitan jumlah kuota pekerja asing yang masih belum memasuki negara sebelum atau pada 31 Mei 2024 dan hasil program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang akan berakhir prosesnya pada Jun 2024," ujar beliau.
Sementara itu, Steven Sim menambah berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada Agensi Kawal Selia mengikut sektor, anggaran tenaga kerja yang diperlukan adalah seramai 308,570.
Ujarnya, kuota baharu hanya akan dipertimbangkan dengan mengambil kira baki kuota yang masih ada daripada unjuran 15 peratus tenaga kerja selepas pengemaskinian jumlah kuota pekerja asing yang aktif dan RTK 2.0.
"Baki kuota yang tinggal akan disalurkan kepada sektor atau sub sektor kritikal dan mempunyai impak yang tinggi kepada hasil ekonomi negara," jelasnya.
Steven Sim berkata, pada 16 Januari 2024, satu proses memudah cara penggajian pekerja asing secara sistematik dan proses kemasukan yang mudah serta cepat, di mana tempoh masa permohonan kuota sehingga kemasukan pekerja telah dikurangkan dari 29 bulan kepada 15 bulan juga disediakan.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 26 2024
Steven Sim berkata, kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025. - Foto JaPen
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.