KUALA LIPIS: Seramai 232,319 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) tahun ini, melibatkan peruntukan RM191 juta.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembayaran itu akan dibuat bermula November ini seperti biasa, kerana ia tidak terkesan dengan tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 5 Nov ini.
"Pembayaran akan dilaksanakan bergantung bila wang tersebut dimasukkan ke Risda. Kalau awal mereka terima, maka lebih awal pembayaran dibuat.
"Senarai penerima juga sudah ada dan kita hanya tunggu peruntukan sahaja," katanya pada sidang media selepas Majlis Pekebun Kecil Makmur Risda Peringkat Pahang 2022 di Kampung Mela di sini hari ini, yang turut disertai Timbalan Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Mahdzir berkata sebanyak RM508.02 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program pembangunan penanaman semula getah di seluruh negara melibatkan program tanam semula, program produktiviti dan pemasaran, program hasil baru dan program keusahawanan.
Bagi Risda Pahang, Mahdzir berkata sebanyak RM74.1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan pekebun kecil di negeri ini, selain sasaran penanaman semula getah seluas 16,596 hektar.
Selain itu, beliau berkata projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Mela Fasa Dua di sini dengan kos RM38 juta, kini dalam proses reka bentuk dan dijangka bermula pertengahan tahun depan.
Katanya terdapat pelbagai lagi projek pembangunan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan nilai RM15 juta dalam kawasan Parlimen Lipis, antaranya melibatkan jalan luar bandar, kemudahan sosial dan baik pulih rumah.
Terdahulu, beliau menyampaikan dividen Program Tanam Semula Komersial (TSK) kepada 5,590 peserta di Pahang berjumlah RM39.39 juta pada majlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
Bagi Risda Pahang, Mahdzir berkata sebanyak RM74.1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan pekebun kecil di negeri ini. - Foto BERNAMA
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Lebih 200,000 pekebun kecil Risda terima bantuan musim tengkujuh
Seramai 232,319 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan musim tengkujuh (BMT) tahun ini, melibatkan peruntukan RM191 juta.