KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun.
"Urusan pengambilan ini akan berterusan bagi 2024 dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah di bawah KPM," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Selain itu, Fadhlina berkata buat masa ini KPM tidak bercadang untuk mengkaji semula dasar sekolah vernakular dengan mewujudkan sistem pendidikan satu aliran.
Beliau berkata dasar pendidikan sedia ada diteruskan dan tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk merapatkan jurang antara sekolah dalam negara bagi memastikan perpaduan nasional dapat dicapai melalui pendidikan.
"Dalam konteks ini, sekolah jenis apa pun kita tidak melihat ia sebagai satu halangan untuk menggalakkan perpaduan. Malah, ia sebagai ruang terbaik untuk kita bersama-sama memberikan ruang kefahaman dan pengukuhan agenda perpaduan dalam kalangan anak murid.
"Saya sangat percaya dan optimis bahawa ke hadapan ini, generasi yang kita lahirkan benar-benar boleh buat apresiasi kepada perpaduan dengan pendekatan-pendekatan yang kita ambil ketika ini," katanya.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika menggulung usul sama berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha mewujudkan satu garis panduan bagi penguasaan bahasa Inggeris berasaskan Common European Framework of Reference For Languages yang digunakan di peringkat antarabangsa.
"Garis panduan ini akan digunakan oleh para pensyarah dan guru bahasa di universiti awam bagi membangunkan kertas ujian penilaian dan pentaksiran bahasa Inggeris bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar berlandaskan standard antarabangsa," katanya.
Selain itu, beliau memaklumkan KPT melalui Majlis Dekan Fakulti Perubatan Universiti Awam Malaysia sedang merangka pelan strategik latihan kepakaran perubatan bagi memenuhi keperluan pakar perubatan dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun. - Gambar fail
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Isu kekurangan guru di SJKC, SJKT bersifat sementara - Fadhlina
Isu kekurangan guru yang sedang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah bersifat sementara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KPM buat ambilan 9,500 guru baharu bulan depan - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses temu duga telah selesai dan penempatan segera akan dibuat.
KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.