KUALA LUMPUR: Isu kekurangan guru yang sedang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah bersifat sementara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Katanya, kementerian memberi perhatian serius terhadap masalah yang sedang berlaku di semua jenis sekolah itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan strategi bagi mengatasinya isu dilakukan secara jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk.
Menurutnya, ia termasuk menerusi lantikan Guru Kontrak Perkhidmatan (COS), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
"Keperluan guru baharu sekolah rendah direncana berdasarkan kepada kekosongan perjawatan mengikut opsyen serta guru masuk dan keluar daripada sistem mengikut opsyen keluaran latihan PISMP dan pengambilannya dilakukan secara berterusan.
"Ia bagi mengisi kekosongan di semua jenis sekolah melibatkan semua opsyen mata pelajaran termasuk Bahasa Cina dan Bahasa Tamil," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isu itu juga, katanya, telah dibincangkan dalam beberapa sesi libat urus hala tuju pendidikan bersama SJKC dan SJKT sepanjang tahun ini bagi memastikan kebimbangan setiap pemegang taruh ditangani dengan wajar.
Dalam hal itu, Fadhlina berkata kementerian telah melaksanakan semakan daftar opsyen melalui proses penandaan opsyenguru opsyen Bahasa Cina di semua sekolah dengan setiap proses berkenaan unjuran guru dilaksanakan dengan teliti bersandarkan kepada data yang telah disahkan serta menerusi sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.
Beliau berkata intervensi itu penting bagi memastikan hanya data rasmi dan tepat yang dijadikan rujukan berkaitan unjuran kekurangan guru bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Kementerian bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah dapat diatasi, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Isu kekurangan guru yang sedang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah bersifat sementara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Isu kekurangan guru di SJKC, SJKT bersifat sementara - Fadhlina
Isu kekurangan guru yang sedang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah bersifat sementara, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KPM buat ambilan 9,500 guru baharu bulan depan - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses temu duga telah selesai dan penempatan segera akan dibuat.
KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.